NGO
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mempersoalkan sebuah gereja di Seremban yang
menggunakan bahasa Melayu untuk mempromosi penganjuran Muzikal Easter pada 18
hingga 20 April depan.
Yang
Dipertua ISMA cawangan Seremban Zamani Ibrahim berkata promosi terbuka
menggunakan bahasa itu dilihat mempunyai unsur memujuk golongan bukan Kristian
untuk menghadirinya. Katanya, promosikan
sambutan itu melalui banting di luar premis dan di tempat awam menimbulkan
persoalan sedangkan majlis itu khusus kepada yang beragama Kristian.
Menurut
kepercayaan mereka Good Friday merupakan hari memperingati kematian Tuhan
Yesus, manakala Easter pula merujuk kepada hari memperingati kebangkitan Yesus
pada hari ketiga selepas kematiannya.
Sehubungan
itu, Zamani berpandangan kepercayaan itu adalah bercanggah dengan ajaran agama
Islam dan sebagai NGO Islam, mereka prihatin terhadap pembinaan jati diri
muslim dan akidah umat Islam di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.
"Maka ISMA Seremban berharap agar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) membuat pemantauan sepanjang acara Muzikal Easter ini berlangsung,” katanya seperti dilapor dalam laman web Isma. Laporan itu juga menyebut, majoriti penganut Kristian di negara ini dari kalangan Cina dan India yang bahasa utama perantara mereka ialah bahasa Inggeris.

MK/14
April 2014
Tambab
ReplyDelete