Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengesahkan seorang anggotanya dari Johor
antara yang ditahan pihak polis atas tuduhan berkait kegiatan militan.
Ketua penyelarasnya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan berkata, Saiden Muslimin Ismail, 24, telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau Sosma.

Saiden,
anggota SAMM Muar, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013
bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM.
Menurut seorang aktivis SAMM Muar, penahanan Saiden hanya dimaklumkan kepada isterinya selepas 48 jam.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepuluh individu ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Penahanan itu termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor. Difahamkan, Saiden Muslimin Ismail ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu
Bard berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penahanan yang melibatkan
anggota SAMM Johor adalah satu asakan politik untuk mengaitkan gerakan anak
muda yang menentang dasar kerajaan dengan aktiviti militan.Menurut seorang aktivis SAMM Muar, penahanan Saiden hanya dimaklumkan kepada isterinya selepas 48 jam.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepuluh individu ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Penahanan itu termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor. Difahamkan, Saiden Muslimin Ismail ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.
"SAMM
menuntut perbicaraan segera dan SAMM juga ingin memperingatkan pihak PDRM agar
tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan ini sepanjang kes ini disiasat.
"SAMM akan terus memerhati dari dekat akan perjalanan kes ini dan mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau," kata Badrul.

HD/30 April 2014
0 comments:
Post a Comment