Nabi Ibrahim merupakan seorang insan sejati, diangkat
menjadi Nabi yang sangat mulia menurut keyakinan umat islam, Allah
menganugerahkan para Nabi dan Rasul sebuah keimanan yang kukuh sehingga tiada
tandingan oleh manusia lain.
Namun para Orientalis barat dan timur serta musuh musuh islam amat tidak menyenangi perkara ini, sehingga mereka mencari helah serta tipudaya untuk meng‘hancur’kan keyakinan umat islam terhadap Islam. Mereka tanpa segan silu untuk berdalil dengan ayat-ayat Al-Quran dengan mengambil sebagian ayat dan menyembunyikan sebahagian yang lainnya.
Diantara kecelaruan yang mereka ‘hembus’kan adalah
bahwasanya Nabi Ibrahim 'alaihi salam pernah meragui kewujudan Allah dan
menganggap bulan, bintang serta matahari adalah Tuhannya dan hal ini terkadang
mendapat ‘kepercayaan begitu saja’ tanpa usul periksa oleh sebahagian orang
awam dikalangan kaum muslimin sendiri. Hal seperti inilah terkadang terdapat
Umat Islam sendiri sentiasa ‘berbolak balik’ tentang keyakinan mereka terhadap
fungsi dan tugas para Nabi dan Rasul diutuskan ke bumi..
Dalil mereka : surah Al-An’am :76-78
فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَىٰ كَوْكَبًا ۖ قَالَ هَـٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَا أُحِبُّ
الْآفِلِينَ ﴿٧٦﴾ فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هَـٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ
يَهْدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ ﴿٧٧﴾ فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ
بَازِغَةً قَالَ هَـٰذَا رَبِّي هَـٰذَا أَكْبَرُ ۖ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا
قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ ﴿٧٨﴾
(76) ketika malam telah gelap, Dia melihat sebuah bintang (lalu) Dia
berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam Dia
berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam." (77) kemudian
tatkala Dia melihat bulan terbit Dia berkata: "Inilah Tuhanku".
tetapi setelah bulan itu terbenam, Dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku
tidak memberi petunjuk kepadaKu, pastilah aku Termasuk orang yang sesat."
(78) kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, Dia berkata: "Inilah
Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, Dia
berkata: "Hai kaumku, Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu
persekutukan. [Q.S Al-An'am : 76-78]
Kesempatan ayat ini seolah olah menggambarkan oleh mereka bahawa
Nabi Ibrahim sedang keliru dalam mencari jati diri dan kebenaran tuhannya.
Dakwaan mereka, Nabi Ibrahim menganggap ‘bintang’ sebagai tuhannya, kemudian berganti
pula keyakinan Ibrahim bahwa ‘bulan’ itulah yang patut disembah sebagai tuhan,
selepas itu meyakini pila bahawa ‘matahari’ adalah tuhannya kerana matahari itu
paling besar...
“beginilah peranan kaum Orientalis dalam cubaan mereka
untuk menggugat keimanan serta keyakinan kaum muslimin terhadap kewujudan Tuhan
yang berkuasa”…mereka sembunyikan sebahagian ayat yang lain tentang maksud
sebenar ayat Qur’an yang diturunkan ini…??..
Padahal maksud sebenar ayat diatas bukanlah seperti yang
disebutkan oleh mereka. Didalam ayat ini Allah tidak menggambarkan perjalanan dan
sebarang kekeliruan oleh Nabi Ibrahim dalam mencari kebenaran tuhan itu. Lebih
jelas maksud Ayat ini menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim as berdakwah kepada
kaumnya kepada tauhid dengan dalil-dalil logik dan menunjukkan bahwa sembahan orang-orang
kafir itu adalah batil dan palsu.
Nabi Ibrahim diutus kepada suatu kaum di zaman nya yang
menyembah berhala, mereka juga menyembah benda-benda yang muncul dilangit
seperti bintang, bulan dan matahari. Mereka membina kuil serta patung-patung
sebagai sembahan mereka. Nabi Ibrahim ingin menunjukkan kebatilan yang mereka
sembah dengan perkara yang logik.
Nabi Ibrahim mengajak kaumnya berfikir, seandainya bintang
adalah tuhan tempat mereka menyembah dan bergantung bagaimana jika tuhan mereka
tenggelam dan menghilang, begitu juga dengan bulan serta matahari. Bukan
berarti pada ketika itu beliau meyakini bahawa bintang, bulan dan matahari
adalah tuhannya, ini hanyalah satu logikal untuk berbincang mengenai kewujudan
Tuhan yang sebenarnya..
Sama halnya tatkala Nabi Ibrahim menghancurkan berhala
kaumnya dan meninggalkan berhala yang paling besar, tatkala beliau
dipertanyakan oleh raja tentang kehancuran berhala tersebut, Nabi Ibrahim
menjelaskan bahawa yang menghancurkan berhala itu semua adalah berhala yang
paling besar, sebagaimana yang Allah sebutkan dalam firmanNya :
قَالَ بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ
هَـٰذَا فَاسْأَلُوهُمْ إِن كَانُوا يَنطِقُونَ
Ibrahim menjawab: "Sebenarnya patung yang besar Itulah yang
melakukannya, Maka Tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat
berbicara". [Q.S Al-Anbiya' : 63]
Perkataan Nabi Ibrahim itu bukan
bermakna Beliau meyakini yang Patung besar itu boleh bercakap dan mampu
menghancurkan patung-patung yang lain akan tetapi beliau ingin mengajak kaum
nya supaya berfikir dan sedar bahwa berhala itu tidak mampu mempertahan dirinya
sendiri, adakah layak seseorang itu menyembah sesuatu yang lemah. Allah yang
berkuasa dan tidak akan binasa yang
lebih layak disembah…..Wallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment