Sponsor

Saturday, April 19, 2014

Bas Ekspres Menghala Ke Kuala Lumpur Dari Kuantan Terbabas Dan Berpusing...

Sepuluh cedera apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Km 118 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur awal hari ini.
Menurut jurucakap polis kejadian berlaku 1.20 pagi.
Bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali mengakibatkan pemandu dan beberapa penumpang tercampak keluar, kata jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh ketika dihubungi Bernama.
Katanya kesemua 10 mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan keadaan mereka dilapor stabil. Menurut jurucakap itu jumlah sebenar penumpang belum dapat disahkan.
Beliau turut berkata siasatan awal polis mendapati pemandu bas mungkin mengantuk semasa kejadian. – Bernama, 19 April, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/