Sponsor

Friday, April 11, 2014

Tanya Samy Vellu,.. Berapa Banyak Pelancong India Masuk Ke Malaysia Berbanding Gaji Dan Elaun Yang Dia Dapat...?..

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan bukti sumbangan Penasihat Ekonomi Negeri dalam kejayaan memacu kewangan.

Abdul Khalid mempertahankan kedudukan Ketua Umum PKR sebagai Penasihat Ekonomi dengan gaji RM1. Katanya jika dibandingkan dengan Bekas  Presiden MIC, Datuk  Seri  S Samy Vellu yang dilantik Putrajaya menjadi  duta khas ke India dan menerima gaji beserta elaun lebih tinggi  daripada jumlah pendapatan diperoleh melalui tarikan pelancong  India  ke Malaysia.
"Saya harap BN tidak kritik perkara ini, kerana mereka juga mengupah beberapa bekas menteri dengan bayaran ratusan ribu untuk jadi penasihat Kerajaan Persekutuan. "Saya terima Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor  kerana kejayaan beliau jadi Menteri Kewangan sehingga diiktiraf European States of Bankers, saya pun tidak dapat pengiktirafan begitu," katanya ketika sesi penggulungan perbahasa hari ini.

Abdul Khalid memaklumkan pengalaman dimiliki Anwar banyak membantu beliau membuat keputusan berkenaan ekonomi negeri. "Saya tak makan masa lama pun berbincang dengan Anwar. Bila jumpa saya kemuka cadangan saya dan dia terangkan pandangannya dalam masa 10 minit boleh tahu dia setuju ke tidak, pandangan dia bererti 10 tahun pengalaman," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang BN mencelah dengan meminta Menteri Besar menggantikan posisi Penasihat Ekonomi dengan individu lain kerana Anwar dilihat tidak berupaya membawa kemasukan pelabur Timur Tengah seperti dicanangnya sebelum ini. Abdul Khalid tegas menyatakan bahawa Anwar merupakan penasihat kepada bank-bank pelaburan di Arab Saudi dan Timur Tengah antaranya Bank Al-Barakah.

"Itu pengalaman beliau dan tak pernah pula kata nak bawa dana ke Malaysia atau Selangor lagipun umum maklum kerenah orang Timur Tengah, susah bawa berbincang. "Anwar  juga pantau dari segi pelaburan Selangor dan tidak pernah jatuh," katanya.
Kenyataan Abdul Khalid ini sebagai membidas tindakan Adun-Adun BN yang memperlekeh keupayaan Penasihat Ekonomi Negeri.
SH/11 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/