Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tindakan menyokong
pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam teks khutbah Jumaat
yang disampaikan di masjid-masjid seluruh Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Kamu (Jawi) yang tulis khutbah ini
apa dia, pencacai orang kaya ke?…Guna agama begitu, saya tidak peduli, mufti
boleh tanya saya, nak dakwa, dakwa saya, memang saya lawan, apa guna belajar
Islam, tetapi pertahan golongan tauke-tauke kaya.
“Faham dahulu, bila naik cukai,
(barangan lain) naik harga. “Belajar ekonomi dahulu, jangan guna ayat Al-Quran
pertahankan penindasan,” tegas Anwar.
Khutbah Jumaat Jawi pada 11 April
lalu antara lain menyokong pelaksanaan GST dan menyatakan cukai ini baik untuk
agama Islam. Anwar dengan tegas mempertahankan kenyataan kerana menurutnya
kenaikan cukai yang menyebabkan rakyat semakin terbeban ini perlu ditentang,
dan tidak sepatutnya penindasan kepada rakyat bawahan dipertahankan.
“Ini yang saya bangkitkan sebab ini
soal rakyat, kita tidak boleh guna kuasa sewenang-wenang,” kata Anwar.
KD/20 Apr 2014
0 comments:
Post a Comment