Badai taufan yang dikenali sebagai ‘Tornado’
menghentam ganas beberapa wilayah di Selatan Amerika Syarikat pada isnin 28
April 2014. Dilaporkan sudah mencapai 35 rakyat Amerika maut dalam hentaman
tersebut. Setidaknya 17 orang maut di Mississippi, Alabama dan Tennesee
sementara bakinya dicatatkan Arkansas, Oklahama dan lowa. Kebimbangan terus
berlaku dan dijangka angka kematian akan meningkat.
Meskipun laporan ancaman Tornado agak perlahan
ketika ini, namun pihak Badan Cuaca National US (NWS) memberi amaran kepada 70
juta rakyatnya di bahagian Mississippi dan Alabama yang akan kembali di landa
badai Tornado untuk kali ke dua.
0 comments:
Post a Comment