Sponsor

Sunday, April 27, 2014

Ada ‘Lidah Setan’ Di sebalik Kunjungan Obama Ke Malaysia…?..

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mendakwa ramai rakyat Malaysia merasa lega apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Hussein Obama tidak mempunyai rancangan untuk bertemu dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Awang Selamat dalam kolumnya di edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini, kerajaan AS kini semakin mempercayai pentadbiran Datuk Seri Najib Razak meskipun terdapat gerakan memburukkan Malaysia yang dilakukan Anwar. "Seperti juga di AS, rakyat Malaysia mahukan pemimpin yang bermoral, bersih dan berwibawa, bukannya ikon yang songsang."
Sebaliknya, menurut Awang Selamat, pertemuan Anwar dengan Penasihat Keselamatan AS Susan Rice hanyalah sekadar menepati dasar keterbukaan negara itu. "Dalam dunia diplomatik, harus diakui tiada kesempurnaan. Apatah lagi hubungan antara kuasa besar dengan negara kecil seperti Malaysia. "Meskipun ada perbezaan pendirian dalam beberapa isu, termasuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), ia bukan halangan besar," tulis Awang Selamat.
Menurutnya lagi, Najib berjaya meneutralkan pengaruh Anwar ke atas AS walaupun terdapat gerakan melobi dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia selama bertahun-tahun oleh aktivis pro-pembangkang. "Keterbukaan beliau dan kebolehannya dalam pentadbiran terutama pengurusan ekonomi negara serta dasar luar, menjadikan Malaysia terus disegani dunia," tulisnya lagi.
Obama yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia bermula semalam merupakan presiden AS yang pertama ke Malaysia selepas Lyndon Johnson datang ke negara ini pada tahun 1966. 
"Ketika Najib bekerja keras untuk kemakmuran negaranya, Anwar lebih sibuk menghasut dunia, terutamanya AS agar menekan dan menghukum Malaysia. "Awang percaya pentadbiran Obama arif dalam menilai antara Najib dan ketua pembangkang itu, yang kini bergelut dengan isu moral dan integriti.
"Maka ramai rakyat Malaysia lega apabila Obama menolak untuk bertemu Anwar dalam lawatan tersebut, yang kini terdesak untuk menyelamatkan dirinya selepas dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana meliwat," katanya.
Menurut Awang Selamat, hasil penting daripada lawatan Obama yang paling penting adalah perkembangan hubungan dua hala Malaysia-AS tanpa sebarang gangguan Anwar. "Kepada Obama dan Najib, tahniah. Semoga bermulalah fasa baru yang boleh menjadi sandaran."
MI/27 April, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/