Perdana Menteri Korea Selatan, Chung
Hong-Won sebentar tadi mengumumkan meletakkan jawatan ekoran tragedi feri
penumpang karam yang kini lebih 300 orang maut atau masih hilang. “Saya mohon maaf
kerana gagal membendung kejadian ini daripada berlaku dan gagal bertindak
dengan betul ketika kejadian.
“Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan," katanya.
Kerajaan Korea Selatan dikecam hebat berhubung tragedi itu termasuk cara menanganinya. “Saya sebenarnya mahu meletakkan jawatan awal lagi tetapi perlu menangani tragedi itu terlebih dahulu dan saya rasa perlu menjalankan tugas itu sebelum berundur. “Tapi saya memutuskan untuk meletakkan jawatan sekarang kerana tidak mahu lagi menjadi bebanan kepada pentadbiran kerajaan," katanya

Dalam insiden
berkenaan, Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang -
kebanyakan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke
selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.
Menurut seorang
penumpang, mereka mendengar satu bunyi yang kuat sebelum feri itu terhenti,
lapor AFP.
0 comments:
Post a Comment