Amalan kronisme dan pengagihan kekayaan di kalangan pemimpin
Umno BN tidak ubah seperti penguasaan bola yang berlegar dalam sebuah pasukan
bola sepak, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Dengan
gaya seperti seorang pengulas bola, Saifuddin mencuri tumpuan ribuan orang
ramai apabila memberikan contoh ‘pemain-pemain utama’ yang terlibat, ketika
berucap pada siri Jelajah Reformasi 2.0 di Kuantan, malam tadi.
“Umno
agihkan kekayaan negara macam bola yang dimainkan dalam pasukan sesama sendiri. “Bola di kaki Najib sekarang, kebelakang kepada Rosmah, lincah pemain ini, no (10) jersinya. “Kemudian ketepi kepada Mahathir,
Mahathir kepada Mokhzani, Mokhzani kepada Najib, Najib kepada Rosmah, terus kepada
Khairy, Khairy kepada Hishamuddin, Hisham kepada Najib,
“Najib kembali kepada Rosmah,
kemudian dibawa bola ke tengah,” sindir Saifuddin yang mendapat sorakan gemuruh
daripada kira-kira 6,000 yang hadir.
Difahamkan ceramah di Taman Berjaya
Permai, Kempadang itu diadakan serentak dengan perlawanan Liga Super antara
pasukan Pahang menentang Terengganu (T.Team) di Stadium Darul Makmur. Tambah Saifudin ‘permainan’ pemimpin
Umno, yang mengumpulkan kekayaan untuk kepentingan sendiri itu menjadikan
rakyat bawahan sebagai mangsa.
“Siapa yang tengok tepi gelanggang?
Penanam padi, penoreh getah, penjaja kecil, nelayan, kakitangan kerajaan
pangkat rendah, pemandu prebet sapu, drebar lori. “Ini rakyat biasa, dia (pemimpin
Umno) cuba pujuk dengan BRIM (Bantuan rakyat 1Malaysia) lima tahun sekali,”
selar Saifuddin sambil disambut sorakan orang ramai.
Menurutnya amalan kronisme dan pengagihan kekayaan negara sudah sebati dengan pemimpin Umno Barisan Nasional sejak sekian lama. Beliau memberi beberapa contoh seperti Tan Sri Francis Yeoh yang mendapat projek jutaan ringgit untuk pembekalan komputer dalam projek pendidikan.
Selain itu, beberapa nama lain turut
disebut seperti Tan Sri Vincent Tan yang mendapat projek pembangunan di Berjaya
Hill, mendiang Lim Goh Tong (Genting), dan Mokhzani Mahathir yang mengumpul
kekayaan melalui syarikat minyak dan gas. Tidak ketinggalan, isteri perdana
menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan membeli cincin berharga RM23
juta.
KD/14 April 2014
0 comments:
Post a Comment