Perebutan
kerusi Ketua Wanita PKR tahun ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu
antara Zuraida Kamaruddin dengan timbalannya, Rodziah Ismail.
Kedua-dua pemimpin ini mempunyai
kekuatan dan pengaruh mereka tersendiri. Seperti pertembungan jawatan lain,
persaingan kerusi Ketua Wanita turut memperlihatkan kem dan mentor yang
menaungi kedua-dua pemimpin ini.
Zuraida jelas orang Azmin Ali manakala Rodziah dari kem Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Meskipun satu lagi kem bagi calon Timbalan Presiden, Datuk Saifuddin Nasution tidak meletakkan proksi bagi Ketua Wanita, penyokongnya dijangka cenderung untuk memilih Rodziah - asal bukan Azmin!
Zuraida jelas orang Azmin Ali manakala Rodziah dari kem Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Meskipun satu lagi kem bagi calon Timbalan Presiden, Datuk Saifuddin Nasution tidak meletakkan proksi bagi Ketua Wanita, penyokongnya dijangka cenderung untuk memilih Rodziah - asal bukan Azmin!
Bagaimanapun, ini boleh berubah
terutama apabila kem Saifuddin juga kebelakangan ini sudah mula membidas
kepimpinan Khalid di Selangor. Sehubungan itu, kesemua ini menjadi
variabel untuk meletakkan keputusan persaingan sebagai agak sukar untuk
ditentukan meskipun ada pandangan bahawa Zuraida sukar dihalang daripada
mengekalkan kedudukan bagi penggal ketiga.
Antara lain, Zuraida dianggap kuat
atas kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Ampang. Beliau diakui agak lantang
dalam persidangan Dewan Rakyat, terutama apabila mengetengahkan isu-isu
berkaitan hak dan kedudukan wanita. Selain itu, keberpihakannya kepada
Azmin yang dilihat lebih kukuh berbanding dua lagi calon Timbalan Presiden,
secara langsung turut mengukuhkan kedudukan Zuraida.
Kebanyakan pemerhati politik yang
dirujuk meramal kemungkinan besar Zuraida kekal menerajui jawatan itu kerana
rata-rata perwakilan menginginkan calon yang berkaliber dan memahami ideologi
parti dalam usaha melestarikan cita-cita untuk menawan Putrajaya.
Meskipun begitu, keupayaan Rodziah yang juga Exco Kebajikan dan Hal Ehwal
Wanita Selangor dan Adun Batu Tiga itu tidak boleh dipandang enteng kerana atas
sebab-sebab yang telah dinyatakan, tidak mustahil beliau jadi pilihan anggota
parti akar umbi. Sebilangan pemerhati politik turut
membayangkan bahawa Rodziah ada potensi untuk mencipta kejutan. Ini kerana, di Selangor, beliau telah
berjaya mencipta jasa yang bukan sedikit. Ini termasuk kejayaannya
memperjuangkan hak 67 pengawal keselamatan mendapat bayaran penyelarasan gaji
minimum dan kerja lebih masa selepas Mahkamah Buruh menerima tuntutan tersebut
pada 2011.
Jika Rodziah berjaya mendapat
pengaruh dalam kem Khalid dan Saifuddin, ada kemungkinan beliau mampu membuat
kejutan besar menumpaskan Zuraida. Ini bukan sesuatu yang mustahil.
Apa yang pasti, kedua-dua calon
masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri untuk dinilai ahli parti.
SH/23 Apr 2014
0 comments:
Post a Comment