Sungai Petani: “Saya
hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan
seks pun.”
Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun
apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah,
semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain.
Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2
pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di
beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan.
Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim
terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu
ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai
penguat kuasa.
Gadis
itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada
harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya
akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah
kilang.
“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang
ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya
enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik
hotel. “Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja
sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku
pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini.
Mymetro/30 April 2014
0 comments:
Post a Comment