Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa terbaru jenayah
apabila cuba diragut berhampiran kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur,
oleh dua lelaki bermotosikal.
Dalam kejadian di Taman Rainbow itu, suspek cuba meragut rantai leher tetapi setelah Teresa menjerit, dia melarikan diri tanpa berjaya mendapatkannya.
Mangsa dan dua anak saudaranya berumur 11 dan lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa membuat laporan polis di balai polis Sentul pada tengah
hari semalam. Menurut polis, setakat ini tiada tangkapan
dibuat dan pihak berkuasa menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes
ini supaya tampil menyalurkannya. Polis juga berkata akan menambah kekerapan rondaan
dan tindakan pencegahan di sekitar kawasan berkenaan.
MK/16 Apr 2014
MK/16 Apr 2014
0 comments:
Post a Comment