Sponsor

Tuesday, April 15, 2014

Perbezaan Tafsiran Mengenai Status PKR, Saifuddin Dan Azmin Berbalah Pendapat....?..

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengalu-alukan perdebatan sihat antara calon yang bertanding pada pemilihan parti kali ini dan perbezaan tafsiran mengenai status PKR sesuatu yang biasa.

Saifuddin berkata walaupun pandangan dan tafsirannya agak berbeza berbanding Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, namun beliau tidak melihat perkara itu mempunyai pertentangan.
"Saya melihat ini adalah pertarungan idea, dan perkara itu benar-benar berlaku, antara saya dengan Azmin.
"Tafsiran Azmin memberikan tafsiran terus dan merujuk ukuran komposisi, ia semenangnya parti pelbagai kaum manakala saya pula melihat dari perspektif ianya adalah sebuah parti yang separuhnya adalah suara Melayu-Islam yang kemudiannya mendokong agenda pelbagai kaum.

"Saya tidak meihat pertentangan antara pandangan saya dengan Azmin dan ini adalah perdebatan yang sihat dan dialu-alukan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Mohamed Azmin semalam yang menafikan PKR sebagai sebuah parti yang berasaskan kaum Melayu.
Mengulas lanjut, Saifuddin menambah, separuh daripada komposisi keanggotaan PKR didominasi hampir 50 peratus oleh Melayu, 12 peratus Cina, 20 peratus India dan 18 peratus entik dari Sabah dan Sarawak. Katanya, walaupun separuh PKR dikuasai Melayu-Islam namun parti itu tetap mendokong agenda pelbagai kaum dan agama.
"Sejak 15 tahun lalu, tonggak kepimpinan PKR adalah Melayu, realitinya dilihat pada posisi pertama dan keduanya adalah Melayu. "Separuh keanggotaan parti ini adalah daripada pelbagai kaum, tapi realitinya parti ini juga mendokong institusi Raja-Raja dan mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan," katanya lagi.

SH/14 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/