Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
hukuman lima tahun penjara berhubung Fitnah II ke atasnya sebegitu mudah dan
diputuskan sekelip mata oleh hakim, yang diibaratkan beliau umpama seorang
bomoh.
“Fail tebal dari atas sampai bawah
dalam masa sehari belum tentu habis baca, tapi hakim sekarang macam bomoh
tengok saja dari atas sampai bawah, sah Anwar masuk penjara lima tahun,”
katanya pada Himpunan Jelajah Reformasi 2.0 di Taman Rakyat Jalan Kebun, di
sini, malam tadi. Beliau berkata, sistem penghakiman di Malaysia sudah tidak
bebas dan adil ekoran rencana Umno untuk menjatuhkannya supaya beliau tidak
memegang apa-apa jawatan.
“Tak payah buat perbicaraan kalau
sudah tahu dari awal saya masuk penjara, bukannya saya tak tahu ini rencana
Umno nak jatuhkan saya,” kata Anwar merujuk tindakan Mahkamah Rayuan yang
tergesa-gesa menetapkan tarikh perbicaraan rayuan kes Fitnah II oleh kerajaan
minoriti BN.
Tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh
itu, perbicaraan Fitnah II terlalu singkat tanpa penelitian keseluruhan kes dan
dengan pantas beliau dijatuhkan hukuman 7 Mac lalu, sebelum penamaan calon pada
Pilihan Raya Kecil Kajang, 11 Mac. Selain Fitnah II, Anwar juga diserang
bertalu-talu oleh Umno BN dalam beberapa isu lain termasuk kehilangan pesawat
MH370 dan pencerobohan Lahad Datu.
“Sebut sahaja Anwar, (tak
habis-habis) isu liwat, sebut sahaja Anwar, isu MH370, isu Lahad Datu yang lama
dulu pun dikaitkan dengan saya juga. “Umno sebenarnya nak tutup isu rakyat
dengan aibkan saya dan masukkan saya ke penjara. “Saya akan tetap lawan
habis-habisan, saya tak takut dengan kekejaman dan kezaliman Umno,” tegasnya.
KD/9 April 2014
0 comments:
Post a Comment