Sponsor

Monday, April 28, 2014

Pesawat Ringan Jenis Piper Warrior Pula Terhempas Di Kelantan....

Sebuah pesawat ringan jenis Piper Warrior untuk tujuan latihan menjunam jatuh di sebuah padang kecil berhampiran Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Negeri Kelantan, Mohammad Norizalwan Badri, berkata pihaknya menerima laporan jam 12.47 tengah hari tadi berhubung perkara itu.
Menurutnya, lima anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12.52 dan lima minit kemudian pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalamnya. “Mangsa Shangar Mutoo, 20, berbangsa India yang merupakan pelajar tahun akhir dari Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific (APFT),” ujarnya.
Menurut Norizalwan lagi, keadaan mangsa agak kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan. Katanya, mangsa mengalami kecederaan yang agak parah di bahagian muka dan badan.
Sementara itu seorang saksi ketika ditemui Mohd Zairie Ismail, 43 ketika ditemui memberitahu bunyi pesawat ringan itu agak lain berbanding biasa. Katanya, kebetulan beliau berada di tingkat atas nampak dengan jelas pesawat tersebut menjunam jatuh.
“Saya kebetulan di tingkat atas sedang mengimpal bumbung, selalu tengok pesawat latihan ni, tapi hari ni pesawat ni bunyinya agak lain membuatkan saya rasa ingin melihat. “Kebetulan bila saya tengok dia tengah nak menjunam jatuh, syukurlah di padang tempat yang tidak ada orang,” ujarnya.
HD/28 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/