Ahli parlimen Lumut, Laksamana
Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid menyatakan pihak polis perlu mendedahkan
hasil siasatan penahanan kumpulan yang dipercayai ada hubung kait dengan
rangkaian Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah. Ini berikutan penahanan 10 individu
termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dengan kegiatan militan. “Kena selidik latar belakang dan
siasat secara habis-habisan apa yang telah mereka lakukan. Perlukan perincian
tentang penahan mereka,” katanya kepada Keadilandaily. “Mungkin juga ketua kumpulan terbabit
perlu ditarbiah atau diberi pemahaman atau pengasuhan supaya kembali ke ajaran
sebenar,” kata Imran yang juga bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.
Semalam, sembilan ditahan Polis
Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Mereka berumur antara 25
hingga 26 termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi berkata, pihaknya juga merampas pakaian ala tentera, buku jihad,
pisau rambo, pedang samurai dan bendera kumpulan pengganas antarabangsa
daripada 10 individu berkenaan. Kesemua ditahan mengikut Kesalahan
Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan serta disiasat mengikut
prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(Sosma).
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif
Lawyer for Liberty, Eric Paulsen berkata hasil siasatan harus dikemukakan
sebelum mengetahui kumpulan ini adalah pengganas kerana tuduhan sebagai
pengganas ini adalah sangat serius. Justeru kata Eric, masih terlalu awal
untuk Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan ini dan
setakat ini mereka disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
KD/29 April 2014
0 comments:
Post a Comment