Dewan Ulama PAS Pusat berpandangan bahawa pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) tidak perlu campur tangan dalam perlaksanaan hukuman hudud di
Brunei. Ketua penerangannya Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata PBB tidak
wajar untuk prejudis terhadap hak asasi umat Islam dalam melaksanakan
undang-undang agama mereka.
"Bantahan
PBB terhadap hak negara berdaulat Brunei mengkanunkan undang-undang jenayah
Islam menggambarkan kegagalan PBB memahami erti hak asasi manusia yang sebenar.
"Malah
banyak tindakan-tindakan oleh PBB di pentas antarabangsa membayangkan sikap
"double standard" dalam isu-isu hak asasi manusia dan tidak
mencerminkan mereka memahami konsep keadilan dan slogan ‘human right’ yang
dilaung-laungkan. Ia hanya menjadi omongan kosong," katanya.
1. Saya merujuk kepada kenyataan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) PBB yang mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukuman hudud di negara itu.
2. Kenyataan itu menyebut dengan jelas kritikan PBB mengenai hukuman mati dalam pelaksanaannya itu sebagai bertentangan dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
3. Malah, PBB juga mengklasifikasikan hukuman rejam sampai mati itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ini ditambah pula dengan tindakan boikot oleh kumpulan LGBT terhadap sebuah hotel di Brunei.
4. Perlu ditegaskan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak perlu prejudis terhadap hak asasi umat Islam dalam melaksanakan undang-undang agama dan kenegaraan mereka.
5. Bantahan PBB terhadap hak negara berdaulat Brunei mengkanunkan undang-undang jenayah Islam menggambarkan kegagalan PBB memahami erti hak asasi manusia yang sebenar.
6. Malah banyak tindakan-tindakan oleh PBB di pentas antarabangsa membayangkan sikap "double standard" dalam isu-isu hak asasi manusia dan tidak mencerminkan mereka memahami konsep keadilan dan slogan ‘human right’ yang dilaung-laungkan. Ia hanya menjadi omongan kosong.
7. Saya mendesak PBB untuk tidak campur tangan terhadap keputusan yang diambil oleh Brunei yang mahu melaksanakan hukuman hudud di negara itu apatah lagi menjadi ‘hero’ kononnya atas nama hak asasi manusia atau ‘human right’.
8. Masih banyak isu-isu kemanusiaan sebenar yang tertunggak tidak diuruskan oleh PBB terutamanya melibatkan jenayah kemanusiaan oleh negara haram Yahudi yang telah merampas tanah, mengusir serta membunuh umat Islam Palestine sejak sekian lama untuk tempoh yang panjang melebihi 60 tahun. Apakah ianya bertepatan dengan prinsip ‘human right’ yang sering digembar-gemburkan?
9. Rampasan kuasa di Mesir terhadap pemerintahan presiden Dr Muhammad Mursi yang dipilih secara sah oleh rakyat Mesir melalui jalan demokrasi, adakah ianya juga seiring dengan slogan ‘human right’ yang kononnya diperjuangkan PBB? Tiada pula tindakan atau sekatan ekonomi dibuat.
10. Begitu juga isu penghapusan etnik umat Islam di Myanmar dan Republik Afrika Tengah yang hanya didiamkan PBB walaupun mereka mempunyai kuasa untuk bertindak lebih daripada itu.
11. Ironinya, tiba-tiba PBB tampil membuat kenyataan berhubung ‘human right’ kepada sebuah negara yang ingin mengamalkan undang-undang Islam. Saya kira tindakan itu tidak perlu. Brunei juga tidak memerlukan nasihat dan pandangan daripada PBB.
12. Malah, saya juga ingin menegaskan dalam pentadbiran PBB itu sendiri mengalami krisis ‘human right’. Kuasa veto dan kuasa pembatal yang diberikan ‘khas’ kepada 5 negara tetap anggota keselamatan PBB seperti Amerika Syarikat, China, Rusia, United Kingdom dan Perancis sebenarnya juga tidak bertepatan dengan semangat demokrasi dan ‘human right’.
13. Saya juga menggesa mana-mana pihak yang tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai hukuman jenayah Islam khususnya Hudud tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang menyeleweng terhadap pelaksanaan hukuman hudud.
0 comments:
Post a Comment