Ampang:
Seorang jurujual farmasi yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini
semalam, atas pertuduhan membuang bayi yang dilahirkannya di dalam tandas di
Taman Melawati di sini, Jumaat lalu menangis sebaik melihat gambar mayat
anaknya ketika ditunjukkan polis mahkamah.
Dengan pengakuan remaja berusia 18
tahun itu, Majistret Noor Farah Hazwani Osman menetapkan 16 Julai ini untuk
jatuh hukum dan mendapatkan laporan akhlaknya.
Remaja itu pada mulanya mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuan
bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula kepadanya. Mengikut
pertuduhan, remaja itu didakwa menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan
membuang mayat bayi itu tanpa diketahui sama ada itu bayi mati selepas atau
semasa dilahirkan.
Dia didakwa
melakukan perbuatan itu jam 4 petang pada 2 Mei lalu di tandas sebuah farmasi
di Taman Melawati.
Utusan Online/8 Mei
2014
0 comments:
Post a Comment