Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) yang digembar-gemburkan
bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu
dilihat berada di Putrajaya hari ini.
Menurut laman web BNBBC,
Abdul Razif bergegas ke Putrajaya sejurus selesai mesyuarat exco petang semalam.
Beliau juga dikatakan
turut membatalkan kehadiran pada majlis penyerahan jersi kejohanan bola sepak
Adun Seberang Takir di Dataran Permata, Kampung Baru Seberang Takir malam tadi
secara tiba-tiba kerana terpaksa ke Kuala Lumpur.
Laporan akhbar berbahasa
Inggeris turut menguatkan andaian bahawa Abdul Razif bakal menggantikan Ahmad
yang baru sahaja meraikan kejayaan setahun Barisan Nasional di Terengganu
selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Akhbar
itu turut melaporkan Abdul Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains dan
Teknologi, Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air negeri diminta berada di Kuala
Lumpur dan bersiap sedia untuk menerima surat pelantikan daripada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
HD/8 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment