'Topless
Friday Beach Party'
KUALA LUMPUR – Pas membantah penganjuran pesta
liar, 'Topless Friday Beach Party' dan menyifatkan penganjurnya tidak sensitif
dengan perasaan masyarakat yang masih berdukacita dengan kehilangan MH370.AJK Pas Pusat, Noridah Salleh berkata, pesta liar seperti itu tidak seharusnya dibiarkan berlangsung.
“Mengambil
kira perkara-perkara buruk berlaku ketika penganjuran konsert Future Music
Festival Asia di Bukit Jalil baru-baru ini, maka penganjuran program liar ini
tidak seharusnya dibiarkan berlangsung.
“Iklan acara yang digunakan cukup provokatif dan tidak mencerminkan norma dan budaya ketimuran yang ingin kita tonjolkan kepada dunia,” katanya semasa menyerahkan memorandum kepada DBKL, semalam. Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Khas Timbalan Ketua Pengarah Perancangan, D Rao, jam 4.30 petang.
Naib Ketua Pemuda
Umno, Khairul Azwan Harun berkata, pesta seumpama itu tidak sesuai di negara
ini. "Parti tidak
bermoral seperti itu perlu ditentang semua pihak supaya tidak menjadi ikutan
anak-anak muda, terutama yang beragama Islam, kerana ia boleh merosakkan akidah."Semua pihak
perlu menghormati budaya dan adab sopan masyarakat tempatan," katanya
melalui kenyataan akhbar, semalam.
Menurutnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta majlis agama Islam di semua negeri perlu sentiasa memantau kegiatan tidak bermoral seperti ini. “Kami mahu ingatkan mana-mana pihak supaya tidak menganjurkan parti (liar) seumpama ini.
Menurutnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta majlis agama Islam di semua negeri perlu sentiasa memantau kegiatan tidak bermoral seperti ini. “Kami mahu ingatkan mana-mana pihak supaya tidak menganjurkan parti (liar) seumpama ini.
SH/9 April 2014
Apa sangat nak ikut-ikutkan budaya barat, ingatlah kita orang timur terdidik dengan adab dan sopan, lebih2 lagi yang beragama islam
ReplyDelete