Sponsor

Thursday, May 8, 2014

Ulama Muda UMNO Sebok Pasal Muslimat, Tapi ‘Membisu’ Gadis Remaja Terlibat Pesta...

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut melahirkan rasa dukacita terhadap tuduhan pihak tertentu yang menyamakan muslimat bertudung labuh sebagai ‘pelacur’ ketika turun membantah GST pada 1 Mei lalu.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa kehairanannya kenapa golongan yang digelarkan Ulama Muda Umno tidak menegur kejadian menyayat hati hingga mengorbankan enam orang remaja pada satu pesta akibat mengambil dadah berlebihan  pertengahan Mac lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Setiausaha Ulama Muda Umno, Mohd Radzi Othman yang mengeluarkan kenyataan biadap dalam laman facebooknya, dengan menggelarkan  muslimat yang turun berdemonstrasi dalam himpunan anti GST tempoh hari sebagai pelacur. 

Pada masa yang sama, beliau turut memperbetulkan maksud ‘pelacur’ yang  biasanya golongan itu melanggan pelanggan di tempat tersembunyi, di hotel-hotel. “Yang saya peliknya kenapa golongan itu tidak dilawan atau dikritik,” ujarnya.

Tuan Guru seterusnya menambah, pada zaman Rasulullah, ada golongan muslimat yang turun ke medan perang yang turut disertai Siti Aisyah isteri baginda. “Mereka ke medan perang membawa bekalan makanan atau minuman kepada tentera Islam, balut luka,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun memohon masyarakat supaya Allah memberi petunjuk agar tidak memandang serong terhadap pelbagai kaum yang turun membantah GST. Tambahnya, apa yang dilakukan itu untuk kepentingan masyarakat semua. Tuan Guru berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan yang dikeluarkan Mohd Radzi di dalam facebooknya.

Ekoran daripada itu, Dewan Muslimat PAS Pusat telah membuat laporan polis semalam yang diketuai Siti Zailah Mohd Yusof selaku ketuanya. Selain itu, Muslimat PAS Wilayah Persekutuan juga turut membuat laporan polis atas perkara yang sama.

HD/8 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/