Sponsor

Thursday, May 8, 2014

RM 185 Juta Setahun Untuk Basmi HIV/AIDS, Tapi Bukan berkurang, Malah Lagi Teruk..?.. Bagi Pula Kondom Percuma.!. ‘Ni Cegah @ Galak’...?

Kadar penghidap HIV/AIDS dalam kalangan golongan muda berusia antara 20 hingga 30 tahun kini amat membimbangkan kerana mencecah sehingga 78.8 peratus. Kegiatan seks rambang dalam kalangan golongan itu juga dikesan menjadi penyumbang utama jangkitan HIV/AIDS mengatasi penggunaan jarum suntikan penagih dadah. Daripada jumlah itu, penghidap penyakit berkenaan dalam kalangan lelaki adalah lebih enam kali ganda berbanding wanita.

Biarpun penyakit itu didapati tiada ubat namun pelbagai langkah dibuat untuk mengelakkannya daripada terus merebak dalam kalangan rakyat negara ini. "Sehingga tahun lalu, Malaysia berjaya mengurangkan jumlah pesakit HIV/AIDS daripada 30 orang kepada 11 orang dalam kalangan 100,000 penduduk. "Jumlah penghidap penyakit itu yang masih hidup dari tahun 1985 hingga sekarang ialah 90,000 orang dan setiap tahun dianggarkan terdapat kira-kira 7,000 pesakit baharu dikesan dengan 5,000 kematian setiap tahun,"..

< Gambar Sekadar Hiasan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kerajaan membelanjakan sebanyak RM185 juta setahun untuk rawatan penyakit itu dan RM26 juta daripadanya dikhaskan untuk kempen dan program pencegahan.
Jelasnya, antara kempen yang dibuat ialah mengedarkan kondom percuma untuk pekerja seks serta jarum suntikan percuma untuk penagih dadah.
"Tujuan kita bukannya untuk menggalakkan aktiviti tidak bermoral itu tetapi agar mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan tidak mengamalkan seks bebas serta berkongsi jarum suntikan.
"Selain itu, penglibatan orang ramai juga amat diharapkan dalam usaha kempen dan pencegahan ini dan tidak hanya mengharapkan kerajaan semata-mata," ujarnya.
Utusan Online/7 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/