Sponsor

Saturday, May 3, 2014

MH370 - MAS Minta Media Tidak Siar Jumlah Pampasan Kepada Waris Penumpang...

KUALA LUMPUR 3 Mei-Syarikat Malaysia Airlines (MAS) hari ini meminta kerjasama media untuk menarik balik penerbitan berita berkaitan jumlah pampasan yang diberikan kepada keluarga penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Dalam e-mel kepada media, Naib Presiden Kanan, Komunikasi Strategik MAS, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, pihak syarikat penerbangan nasional itu tidak pernah mendedahkan jumlah pampasan kepada media seperti yang dilaporkan dan dipercayai diperolehi daripada sumber lain.
Permintaan ini dibuat oleh keluarga penumpang dan juga pihak MAS yang prihatin atas potensi ancaman keselamatan berikutan pendedahan jumlah pampasan berkenaan. Seperti yang diketahui umum lebih 1,000 waris penumpang kini di bawah jagaan MAS. 
Kami memahami kepentingan untuk mendapatkan maklumat khasnya berhubung jumlah pampasan kepada waris keluarga bagaimanapun atas faktor keselamatan kami tidak boleh mendedahkannya," kata Najmuddin.
Menurut Najmuddin, adalah penting untuk media menghormati keselamatan dan hak peribadi waris penumpang. Dalam e-mel tersebut Najmuddin berkata, jumlah pampasan yang diberikan hanya diketahui oleh waris penumpang dan pemberitahuan dibuat secara peribadi kepada mereka melalui petugas yang dilantik.
Utusan Online/3 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/