Majlis Perunding Islam
Malaysia (Mapim) menyelar pandangan biadab Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian
Hoe kononnya hukum hudud menyebelahi
perogol dan tidak berlaku adil kepada mangsa. Naib Presidennya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, Tan yang menulis komen di
laman Facebook seorang penyokong Gerakan, Andychew Andypfilcol berkata;
"Andy wait until one fine day their daughters or grand-daughters being
raped by a muslim man. Then they will cry!" (Andy, tunggu hingga di
suatu hari anak perempuan atau cucu perempuan mereka dirogol oleh seorang
lelaki muslim. Baru mereka menangis!).
Menurut Tarmizi, tulisan Tan itu jelas bernada provokasi jahat terhadap pihak
yang ingin melaksanakan hudud. "Walaupun ia adalah sebahagian episod 'perang anak-beranak' yang menolak
hudud, tetapi kenyataan beliau yang menganggap undang-undang hudud sebagai
tidak adil dan membebankan mangsa rogol untuk mendapatkan pembuktian jenayah
adalah suatu pembohongan.
Jelasnya, pembuktian dengan qarinah seperti air liur, DNA dan sebagainya boleh mensabitkan perogol ke hukuman takzir yang kadangkala lebih keras berbanding hudud sendiri.
"Antara perkara yang perlu difahamkan kepada mereka iaitu Hudud adalah sebahagian daripada hukum Jenayah Islam. Kes yang sukar dibuktikan melalui bayyinah biasa (4 saksi lelaki adil), boleh disabitkan dengan takzir yang sama seperti undang-undang sivil berdasarkan kebijaksanaan hakim dan pemerintah," ujarnya.
Tarmizi berpendapat, sikap gelojoh sebahagian bukan Islam dan penganut Islam sendiri terhadap keberkesanan hudud adalah disebabkan tiada track record enakmen itu dilaksanakan. "Seumpama kes-kes sivil, sistem merujuk keputusan lampau mahkamah menjadikan penghakiman akan datang berkembang, mudah dan ada rujukan kes yang terperinci. "Begitu juga dengan perjalanan Mahkamah Syariah yang kini melaksanakan hukuman jenayah Islam tanpa mengikuti kod hukuman hudud sebenar. Sekurang-kurangnya mereka telah ada rujukan kes yang sebenarnya menjadikan penghakiman akan datang lebih licin dan lancar," ujar beliau.
Tarmizi juga menggesa Umno untuk berusaha menangkis penghinaan terhadap syariah yang datang daripada anggota kerabat BN seperti Gerakan. Beliau menasihati pemimpin Gerakan dan MCA yang begitu lantang menentang hudud malah sanggup mengambil tindakan undang-undang jika hudud dilaksanakan supaya terlebih dahulu mempelajari dan memahami sistem perundangan Islam.
0 comments:
Post a Comment