Sponsor

Wednesday, May 7, 2014

Mahkamah Arah PM Letak Jawatan Atas Alasan Salahguna Kuasa....

Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini mengarahkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletak jawatan selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan menyalahguna kuasa. Yingluck didakwa kerana menyalahguna kuasa dengan memindahkan seorang pegawai kanan kerajaan pada 2011 kepada jawatan lain. Mahkamah memutuskan bahawa perpindahan itu dijalankan dengan niat tersembunyi yang melanggar perlembagaan.

Bagaimanapun, penyokong Yingluck mendakwa mahkamah menjatuhkan hukuman menerusi sistem kehakiman yang tidak adil selepas enam bulan penunjuk perasaan anti kerajaan gagal menggulingkan beliau. Penyokong Yingluck berikrar akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada Sabtu ini, sekali gus mencetuskan keganasan terbaru dalam krisis politik Thailand yang berlarutan sejak sekian lama. - AP

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/