Sponsor

Thursday, May 1, 2014

Jalanraya… ‘Formula Baru’ Untuk Sekat GST…..?..

KUALA LUMPUR 1 Mei: Lebih 50,000 rakyat membanjiri Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini.
Demonstrasi besar-besaran anjuran 89 NGO itu bermula kira-kira pukul 2 petang dan turut disertai komponen Pakatan Rakyat.
Peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum itu mula membanjiri lokasi ditetapkan sejak pagi dengan membawa pelbagai plakad dan sepanduk  serta melaungkan slogan menentang pelaksanaan GST oleh kerajaan.
Mereka hadir dengan berpakaian merah dan berkumpul di Masjid Negara, Kompleks beli belah Sogo, KLCC dan Dataran Maybank sebelum berarak dan bergabung menjadi lautan manusia di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka. Polis bagaimanapun tidak membenarkan peserta memasuki padang Dataran dengan alasan ia sedang dalam proses menaik taraf.

Di Dataran, puluhan ribu peserta kemudian mendengar ucapan dari pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan pemimpin mahasiswa. Turut serta dalam perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba dengan berpakaian merah sambil diiringi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Anwar ketika mengambil pentas untuk menyampaikan ucapannya kira-kira jam 4.18 petang disambut dengan sorakan berpuluh ribu hadirin. “Hari ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat. RTM, TV3 lapor tak lebih 1000 orang hadir,”
“Kita terharu dengan dokongan rakyat. Kita rasa apa yang rakyat rasa. Sebab itu kita guna jalan raya. Menteri BN faham? mereka tak faham,” katanya lagi. Beliau juga berkata perjuangan rakyat belum selesai selagi mana pilihan raya dijalankan dalam keadaan tidak bebas dan kotor.
“Kita tak nak tunggu PRU akan datang. Kita tuntut perubahan dilakukan sekarang. Kita tidak mahu tunggu empat tahun lagi,” kata Anwar. Himpunan tersebut bersurai kira-kira jam 4.30 petang tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
KD/1 Mei 2014


0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/