Kerajaan Pusat digesa menyelesaikan
dahulu jurang pendapatan rakyat sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
dilaksanakan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim berkata, cukai tersebut tidak sesuai dilaksana di negara ini
selagi pendapatan rakyat masih tidak dikukuhkan.
“Saya tidak bersetuju dilaksanakan GST
sekarang kerana jurang pendapatan antara rakyat berpendapatan rendah dan tinggi
masih jauh. “Belum masanya lagi untuk negara ini
melaksanakan GST. Selesaikan dahulu jurang pendapatan rakyat,” kata Abdul
Khalid di twitter hari ini.
Biarpun lebih 50,000 rakyat
menghadiri himpunan membantah perlaksanaan GST di ibu negara semalam, kerajaan
tetap bertegas untuk melaksanakan cukai itu pada April 2015.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk
Ahmad Maslan dilapor berkata, kerajaan telah membuat persiapan lebih 30 tahun
untuk perlaksanaan itu. Malah kata beliau, 90 peratus
penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.
KD/2 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment