Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Sponsor

Tuesday, January 26, 2016

TGHH – “ TPP Tidak Mampu Menjadikan Sumber Kita Untuk Kemajuan Kita Sendiri Tetapi Lebih Menjadi Khadam Atau Abdi Sekali Lagi Kepada Pihak Yang Lebih Besar Dalam Konsep Ekonomi Liberal ”..

KUALA LUMPUR - Malaysia disifatkan hanya menumpang 'kenderaan orang lain yang lebih canggih dan laju' dalam  Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ini. Ahli Parlimen (Pas-Marang), Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Malaysia diajak menyertai perjanjian itu dengan draf perjanjian telah disediakan terlebih dahulu."Bermakna kita berpijak di atas asas landasan yang dibina oleh mereka yang mengajak, dengan syarat-syarat dan tawaran...

Persidangan Khas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Dibawa Ke Dewan Rakyat 26 Januari 2016 Untuk Perbahasan.

KUALA LUMPUR - Usul untuk memutuskan tentang penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat yang bermula pukul 10 pagi ini.Ahli Dewan Rakyat akan membahas dan mengundi mengenai TPP dalam sesi khas dua hari bermula hari ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mencadangkan usul berkenaan untuk mendapat sokongan anggota Dewan Rakyat terhadap...

Kedah Bakal Terima Menteri Besar Baru Menggantikan Datuk Mukhriz Tun Mahathir..

Krisis politik negeri ini dijang­ka berakhir dengan Kedah bakal menerima Menteri Besar baharu ekoran prosedur pelantikan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat. Menurut sumber, Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah esok atau lusa berikutan majlis itu sedang giat dirancang. Katanya, setakat ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan...

Monday, January 25, 2016

Komen ‘Awak Cantik’ Di Facebook, Dibalas Dengan Hulu Kapak Oleh Teman Lelaki...?

Seorang wanita cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul teman lelakinya akibat cemburu. Menurut sumber, teman lelakinya yang berusia 52 tahun itu memukulnya menggunakan hulu kapak kerana cemburu terhadap komen lelaki lain di laman sosial Facebook milik wanita berkenaan. Difahamkan, wanita itu menjalin hubungan dengan suspek sejak dua tahun lalu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi...

Singkir Mukhriz, Petanda Awal Umno BN Kedah Akan Tumbang Dalam Pilihanraya 14.

Cubaan pimpinan Umno Kedah menyingkirkan menteri besar negeri itu akan memakan diri, kerana Barisan Nasional (BN), parti pemerintah di negeri itu, akan tumbang dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.  Bekas perdana menteri yang juga bapa menteri besar itu berkata, mereka yang berusaha  menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga tidak mempunyai rekod kepimpinan yang baik. "Saya tidak mengatakan supaya jangan...

Sunday, January 24, 2016

Disebalik Ketegangan Israel Palestin (Intifadah III), Mahmoud Abbas Dimana..?

Presiden Palestin Mahmoud Abbas menekankan bahawa pihaknya akan terus menjalankan kerjasama keamanan dengan penjajah Zionis Israel untuk mencegah meluasnya gerakan Intifadah III yang meletus sejak awal bulan Oktober tahun 2015. “Kita tidak akan menerima bahawa ada anak-anak kami yang pergi untuk melemparkan batu ke arah tentera Israel dan kemudian mereka membunuhnya dengan tanpa belas kasihan” kata Mahmoud Abbas dalam wawancaranya dengan media...

Thailand-Penduduk Temui Serpihan Pesawat Cetuskan Spekulasi Mungkin Milik MH 370 Yang hilang..?

BANGKOK: Satu serpihan disyaki bangkai kapal terbang ditemui di bahagian pantai selatan Thailand, menurut seorang pegawai tempatan malam tadi. Ia mencetuskan spekulasi bahawa serpihan itu mungkin milik penerbangan MH370, yang hilang kira-kira dua tahun lalu. Kepingan besar logam melengkung itu terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat. Ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan, berkata penduduk kampung melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa...

Thursday, January 21, 2016

Kelantangan Mukhriz Mengkritik Dasar Kerajaan Persekutuan Mungkin Punca Dia Dibenci Rakan..?

JERLUN – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahatir beranggapan tindakan 14 daripada 15 Ketua Umno Bahagian Kedah tidak menyokongnya bukan kerana alasan empat perkara, tetapi akibat kelantangannya bersuara. Katanya, ia mungkin disebabkan beliau pernah mencadangkan supaya kadar cukai barangan dan perkhdimatan (GST) dikurangkan daripada enam peratus kepada tiga peratus yang disifatkan membebankan rakyat.“Saya lihat tekanan ke atas rakyat sudah...

Ketua Wanita Kedah Dedah Perkara Sebenar,.??..’Taklimat Bertukar Kepada Sidang Media’..

SHAH ALAM - Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid hari ini mendedahkan perkara sebenar disebalik sidang media Umno negeri itu yang menarik sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Mendedahkan perkara itu, katanya, sebelum sidang media itu, mereka (kepimpinan Umno Kedah dan bahagian) telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan. "Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk...

Laungan 'Kami Nak Mukhriz' Mengiringi Lebih Seribu Rakyat Kedah Menyokong Kepimpinan DS Mukhriz Tun Mahathir..

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasi beliau sejak dilantik menerajui pentadbiran negeri berkenaan.Katanya dalam satu kenyataan, kedudukan beliau sekarang adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Selain itu Muhkriz berkata, kedudukan beliau sebagai menteri besar ini juga adalah atas perkenan Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk...

Monday, January 18, 2016

Bimbang Dengan Kebangkitan Rakyat, Regim Boneka Mesir, Fatah As Sisi Haramkan Simbol Rabia..?

Simbol 4 jari atau dikenali sebagai simbol Rabia yang cukup popular di Mesir terutama dikalangan mahasiswa negara Mesir itu kini bertukar menjadi ancaman kepada mereka sendiri. Regim Mesir pimpinan Fatah As Sisi kini memperkenalkan rang undang-undang baru bagi menghalang penggunaannya termasuk pemilikan, pemasangan dan penyebaran. Dari sumber menyatakan, Pasukan keamanan negara itu akan menahan sesiapa sahaja termasuk mahasiswa yang memiliki...

Sunday, January 17, 2016

Gempar, Tujuh Belas Jenazah Pejuang Palestin (Intifada) Tetap Segar Meski Tiga Bulan Terbiar..?

Sudah lebih tiga bulan jenazah pejuang Palestin yang terkorban dalam intifadah yang bermula sejak 1 oktober 2015 ditahan oleh pihak regim Israel. Difahamkan pada selasa 12 Januari 2016 jenazah pejuang Palestin akan dihantar pulang kepada pihak keluarga masing-masing. Peliknya, dari 17 jenazah tersebut tidak ada yang mengeluarkan bau busuk malah kelihatan masih segar pada hal jika dikira dari tarikh Intifada tersebut, sudah lebih dari tiga...

Thursday, January 14, 2016

Letupan Di Indonesia - Pelik..!!!. Kedutaan Besar US Larang Warga US Berada Dikawasan Kejadian Sebelum Ledakan Terjadi..??

Berita dipetik dari Eramuslim.com Jakarta nampaknya tengah menghadapi ancaman teror yang serius, setelah ledakan bom mengguncang sekitar kawasan Sarinah, Thamrin, Jakarta Pusat pada Kamis (14/1/2016) sekitar pukul 10.47. Ledakan yang terjadi di pos polisi Sarinah itu membuat warga khawatir akan keselamatannya, lantaran di samping adanya ledakan bom juga sempat terjadi baku tembak antara aparat kepolisian dengan yang diduga pelaku pemboman. Namun...

Bergambar- 18 Buah Kenderaan Terlibat Kemalangan Dirempuh Lori Hantu Di Hadapan Sek Men Keb (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras..

CHERAS - Dua pelajar maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori hantu terbabas melanggar 18 buah kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras, hari ini. Difahamkan kedua-dua mangsa yang maut itu adalah pelajar perempuan sekolah berkenaan. Dalam kejadian kira-kira jam 1.11 petang itu, lori tersebut dipercayai hilang kawalan kerana masalah brek dan melanggar motosikal yang diparkir...

Wednesday, January 13, 2016

Kenyataan DAP Supaya PAS Melihat Umno Sebagai Musuh Utama Diibarat 'Mengajar Itik Berenang'..

Kenyataan Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin bahawa Pas sepatutnya melihat Umno dan BN sebagai musuh utama hanyalah seperti ‘mengajar itik berenang’.Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, selama ini Pas tidak pernah berundur dari cita-cita untuk menggantikan BN di tampuk pentadbiran negara dan kenyataan hanyalah untuk menanamkan persepsi bahawa Pas sedang menjalin hubungan persahabatan dengan Umno. “Ia sekali gus menjulang...

http://penburukonline.blogspot.my/