Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Sponsor

Wednesday, December 31, 2014

[Gambar] - Helikopter PDRM Kemalangan Dalam Misi Bantuan Banjir Di Tanah Merah, Kelantan..

Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas, ketika menyertai misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman sosial Twitternya. “Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulilah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat. “Helicopter @PDRMsia dalam misi menghantar bekalan makanan kpd mangsa...

Harga Semasa RON 95, RON 97 Dan Diesel Bermula 1 Januari 2015..

Harga runcit bagi petrol RON 95 dan RON 97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, mulai 1 Januari 2015. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter. Pada Disember 2014, harga runcit bagi RON 95, RON 97 dan diesel pada RM2.26 seliter, RM2.23 seliter dan RM2.46 seliter. "Harga-harga...

Saham FGVH Merudum,.. ‘Adatlah Main Saham, Ada Turun Naik’.. Tapi Yang Ini,.. ‘Turun Tak Mahu Naik-Naik’..?

Saham FGVH hanya tinggal RM2.13 sesaham pada hari ini. Kenyataan Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mengaitkannya dengan pasaran dunia amat melucukan. Ketinggalan keretapi dia... Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) telah membuat sekian banyak analisis mengenai unjuran ekonomi dunia, kejatuhan harga komoditi, kos tanam semula pokok sawit tua dan ketidak stabilan urusniaga global yang menjadi petunjuk...

‘Isteri Khianat’ Masuk Perangkap Suami Ketika Bersekedudukan Dengan ‘Mat Afrika’ Di Bilik Hotel..

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis. Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering...

Takziah - Bekas Menteri Di JPM, Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin Meninggal Dunia..

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin (gambar) meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, malam tadi. Allahyarham berusia 70 tahun. Menurut anak Allahyarham, Junaidi, bapanya meninggal dunia kira-kira 9.50 malam. Hamid dimasukkan ke IJN sekitar 4 petang selepas mengadu sukar bernafas."Jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein...

Tuesday, December 30, 2014

Mangsa Pesawat AirAsia QZ 8501 Di temui Terapung Di Laut Jawa...

Anggota mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia menemui mayat terapung di lautan hari ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang hilang sejak Ahad, kata Ketua  Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia Bambang Soelistyo di sidang akhbar yang diadakan di Jakarta, hari ini. Al-Jazeera turut melaporkan 6 mayat ditemui di Laut Jawa berhampiran di mana serpihan pesawat itu ditemui. Waris 162 penumpang dan anak kapal pesawat...

Serpihan Objek Berukuran Dua Meter Ada Kaitan Dengan Pesawat AirAsia Yang Hilang..?..

Indonesia  amir@hmetro.com.my   Manggar, Belitung Timur:  Satu serpihan objek berukuran dua meter ditemui nelayan tempatan malam tadi di perairan berhampiran Pulau Bangka dengan jarak kira-kira 20 Kilometer dari pesisir pantai pulau itu. Gabenor Bangka-Belitung Rustam Effendi yang hadir di Pusat Operasi Pangkalan Tentera Nasional (TNI) Indonesia Angkatan Laut (AL) Bangka Belitung, Markas TNI AL Manggar, di sini, hari ini berkata,...

Geoffrey Thomas- ‘Pesawat QZ8501 Terbang Terlalu Perlahan Mungkin Punca Terhempas’..?

JAKARTA – Pesawat syarikat penerbangan milik Indonesia, AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang sejak awal pagi kelmarin disahkan terpaksa menempuh cuaca buruk selepas permintaan juruterbang untuk terbang lebih tinggi bagi mengelak awan tebal tidak dibenarkan pusat kawalan trafik udara (ATC). Dalam komunikasi terakhir dengan ATC iaitu enam minit sebelum pesawat itu hilang, salah seorang juruterbangnya meminta kebenaran untuk membelok ke kiri dan...

Pulau Pinang Di Landa Ribut, Puluhan Rumah Rosak Teruk..

Sekurang-kurangnya 10 rumah di Balik Pulau hampir musnah setelah dilanda ribut dan angin kencang semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhammad Farid Saad berkata beliau mendapat laporan terdapat lebih 10 buah rumah di sini termasuk di Kampung Sungai Rusa, hampir musnah apabila bumbung rumah ditiup angin kencang. Beliau berkata angin kencang yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam mengakibatkan banyak pokok tumbang menghalang jalan. "Saya...

Monday, December 29, 2014

Sessi Persekolahan 2015 Bermula 11 Dan 12 Januari 2015 Untuk Seluruh Negara..

Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sekarang.     Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari...

Sunday, December 28, 2014

(Update) Pesawat AirAsia QZ 8501 Membawa 155 Penumpang Hilang Di Ruang Angkasa Pulau Kalimantan..

Pesawat AirAsia QZ8501 dengan 155 penumpang dalam perjalanan ke Singapura terputus hubungan selepas meninggalkan Surabaya pagi ini, menurut pihak berkuasa Indonesia. Kapal terbang Airbus A320 meninggalkan Surabaya jam 5.20 pagi waktu Indonesia (6.20 pagi waktu Malaysia) dan kelihatan tidak dapat dihubungi sewaktu berada di udara Kalimantan, menurut laporan media. Ia disahkan melalui tweet AirAsia yang dikeluarkan pada 11.47 pagi ini: AirAsia...

Saturday, December 27, 2014

Polis Mengesahkan Peluru Pelancar Roket "High Explosive Anti-Tank" Adalah Punca Letupan Di Gurun..

Polis hari ini mengesahkan kes letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra, Gurun yang mengorbankan tiga nyawa Rabu lepas berpunca daripada peluru pelancar roket anti kereta kebal. Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata peluru berkenaan, "High Explosive Anti-Tank" adalah jenis yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Letupan itu berpunca daripada peluru pelancar roket, yang digunakan untuk memusnahkan kereta kebal,"...

Isu ‘Konsert Khayal’ Di Batu Ferringhi..? Kerajaan Negeri Patut Perjelaskan Kepada Rakyat..!

BATU FERRINGHI - Ketika penduduk di bahagian Pantai Timur Semenanjung bertarung dengan bencana alam, khabar angin mendakwa sambutan tahun baharu di sepanjang pantai di sini, akan dipenuhi dengan sambutan tidak bermoral. Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat beberapa hotel dan penganjur yang mula mempromosikan konsert tahun baharu. Bagaimanapun, ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai berikutan negara masih dilanda...

Friday, December 26, 2014

Bantah Projek Babi, Lelaki ‘Serah’ Ayam Kepada MB Selangor..?

Lelaki yang mencetuskan kekecohan di perkarangan luar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), Shah Alam pagi ini, ditenangkan oleh seorang pegawai polis. Dia memberi alasan ingin menyerahkan ayam yang dibawa kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Disember, 2014. Seorang lelaki pertengahan umur secara tiba-tiba mencetuskan kekecohan di perkarangan luar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), Shah Alam pagi...

Thursday, December 25, 2014

Hikmah Banjir Menguji Keutuhan Iman...

BANJIR besar yang sedang melanda kebanyakan negeri ketika ini terhasil dari banyaknya taburan hujan dan tiupan angin monsun. Ia adalah sunnatullah ke atas alam ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (al-Mukminun: 18) Demikian itu perlu kita mengimani, bahawa situasi...

Wednesday, December 24, 2014

Misteri Kehilangan Pesawat MH 370 Di Dedah,Bekas CEO Syarikat Penerbangan Perancis Dakwa Tentera US Tembak Jatuh MH 370..

LONDON – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat penerbangan Perancis, Marc Dugain mendakwa, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu terhempas kerana ditembak oleh tentera Amerika Syarikat (AS), lapor Mail Online kelmarin. Dugain berkata, tentera AS yang berpangkalan di pulau Diego Garcia, Lautan Hindi menembak pesawat berkenaan kerana menyangka pesawat tersebut telah dirampas dan bakal digunakan untuk...

Tuesday, December 23, 2014

Banjir : Kenyataan Media Datuk Menteri Besar Kelantan..

Banjir di Negeri Kelantan masih lagi tidak menunjukkan petanda akan surut bahkan keadaan semakin mencemaskan. Musibah banjir ini adalah ujian Allah kepada kita semua yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya. Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah. Firman Allah yang bermaksud: “ Tiada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpakan di muka bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan...

Terlebih Muatan.??.Siling Apartmen Runtuh Bersama 2,000 ‘Coli’ Dan Seluar Dalam Wanita..!..

Nanning, Guangxi: Sejak sedekad lalu penghuni beberapa apartmen di sekitar bandar Yulin musykil kerana mereka menghadapi masalah sama - kehilangan coli serta pakaian dalam wanita. Selama sedekad itu juga mereka tidak menyangka pakaian dalam itu sebenarnya disembunyikan tidak jauh dari kediaman masing-masing. Longgokan itu disimpan di atas siling bilik tidur jiran mereka - seorang lelaki dikenali sebagai Tan. Rahsia Tan terbongkar baru-baru ini apabila...

Lantang DAP Perjuang Penggunaan ‘Kalimah Allah’ Untuk Bukan Islam, Tapi Mengapa ‘Lantang’ Menentang Hudud..?

KETEGASAN DAP memperjuangkan hak bukan Islam Malaysia untuk menggunakan kalimah ALLAH dan kitab Bible BM amatlah mengkagumkan. Mereka berani mempertahankan apa yang dirasai betul, pada pendapat mereka, mengikut tafsiran mereka pada perlembagaan dan hak asasi manusia, meskipun terpaksa berdepan dengan cemuhan dan kritikan yang bertubi-tubi. Tapi mengapa DAP mengambil sikap konfrontasi terhadap Pas yang ingin memperjuangkan agar hukum...

Saham FGV Menjunam, Pengerusi ANAK Gagal Dapat Penjelasan Dari Kakitangan FGV..?

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) melahirkan rasa kesal apabila pertemuan yang diatur dengan Felda Global Ventures (FGV) hari ini tidak seperti diharapkan. Presidennya, Mazlan Aliman berkata pertemuan itu yang diatur bagi tujuan mendapatkan gambaran sebenar tentang kejatuhan saham FGV yang semakin merudum, namun ketiadaan pegawai kanan FGV untuk berbuat demikian. Kata Mazlan, pihaknya dimaklumkan kebanyakan pegawai kanan FGV...

http://penburukonline.blogspot.my/