Sponsor

Thursday, December 18, 2014

[Bergambar] Tu Dia, Jelitawan-Jelitawan Dari Pelbagai Negara Dah Sampai Ke Pulau Langkawi..


Langkawi: Seramai 64 peserta Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2014 dari seluruh dunia tiba di pulau peranginan ini untuk lawatan sehari sambil mengadakan persembahan extravaganza di sebuah hotel, semalam.

Ketibaan rombongan jelitawan itu kira-kira jam 2 petang semalam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat, di sini, untuk pertandingan berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya, pada 31 Disember mengejutkan orang ramai di situ.

Turut serta bersama rombongan itu ialah Pengerusi Antarabangsa pertandingan Tan Sri Danny Ooi dan wakil ratu cantik negara Ranjani Rajamanickam dari Kota Kinabalu.
Sejurus tiba, kumpulan ratu cantik terbabit bergambar dengan orang ramai sebelum dibawa dengan bas ke hotel penginapan di Berjaya Langkawi Resort (BLR) di Teluk Burau, di sini.

Pengurus Perhubungan Awam BLR N Shumindhran ketika dihubungi berkata, sepanjang menginap di hotel itu kumpulan ratu cantik berkenaan akan menghadiri majlis jamuan makan malam dan mengadakan persembahan serta memperaga pakaian batik.-Metro




0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/