Sponsor

Tuesday, December 9, 2014

Aksi Seorang Lelaki 'Ditelan Hidup-Hidup' Seekor Anaconda Betina..?

Berjuta-juta penonton di Amerika Syarikat (AS) yang menonton aksi seorang aktivis alam sekitar, Paul Rosolie ditelan hidup-hidup oleh seekor ular anakonda gergasi kecewa selepas aksi berkenaan tidak berlaku.
Rosolie sejak beberapa minggu lalu mempromosikan aksinya akan ditelan hidup-hidup oleh seekor ular sawa anakonda yang disiarkan dalam program Eaten Alive di saluran Discovery Channel di AS pada malam kelmarin.
Dalam program berkenaan, Rosolie yang memakai satu pakaian perlindungan khas membiarkan dirinya ditelan hidup-hidup oleh seekor ular sawa anakonda betina sepanjang enam meter di sebuah hutan Amazon di Peru.
Bagaimanapun, Rosolie hanya membiarkan dirinya dibelit oleh ular sawa anakonda berkenaan sebelum membatalkan aksi itu kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
“Walaupun saya memakai pakaian perlindungan tetapi ular sawa itu membelit saya dengan sangat kuat dan saya terpaksa meminta pertolongan kerana saya sukar bernafas,” katanya.
Pembatalan aksi itu menyebabkan ramai penonton menggunakan media sosial untuk mengkritik program berkenaan yang dianggap mereka sebagai menipu dan hanya mahu menarik perhatian orang ramai.– Agensi

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/