Sponsor

Tuesday, July 1, 2014

Kisah Anak Muda Ketika Menjadi Tentera Basyar Assad Dan Kini Menjadi Wira Pejuang Rakyat Suriah...

Shamer ‘24 adalah putera ketiga seorang ulama’ terkenal Suriah. Sebelum revolusi Suriah memuncak sekitar tiga tahun dulu, Syamer sudah pun menyertai Regim Basyar sebagai tentera. Memang menjadi peraturan wajib bagi anak muda Suriah sepertinya di ‘paksa’ untuk menyertai tentera. Setelah berlakunya Revolusi dan perang meletus antara pejuang dan tentera Regim, ketika inilah Syamer berusaha untuk keluar dari kongkongan regim dan sertai Pejuang. Bukan beliau sahaja yang berbuat demikian malah ramai kawan-kawan lainberusaha untuk keluar dari tentera Regim Basyar Assad.
Semasa masih dalam Militer Regim, beliau serta rakan sempat merencanakan komplot untuk membunuh Basyar Assad. Ketika itu dikhabarkan Basyar Assad akan menghadiri satu upacara rasmi...‘Sayang sekali, ketika rancangan sudah disiapkan dan hanya menunggu masa yang sesuai, Basyar Assad membatalkan kehadiran nya. Kemungkinan rencana ini bocor’.. jelas Syamer kepada Jurnalis Islam Bersatu (JITU) ketika membuat liputan konflik di Suriah.
Beliau berasal dari keluarga Islam yang taat. Ayahnya seorang ulama’, Imam dan Khatib di Damaskus, Suriah. Selain mendapat didikan dari keluarganya, beliau mengakui terinspirasi dengan perjuangan para-para tokoh Hamas di Pelastin ketika usianya masih muda belia. Dari sinilah tumbuhnya semangat juang yang tinggi untuk membela rakyat yang tertindas dari pemimpin yang zalim.
Ujar syamer,..ketika Masjidil Al Aqsa dikepong penjajah Israel dan umat Islam dibantai oleh regim Zionis,.. ‘kami dan teman-teman mengadakan tabligh Akbar dan mengumpul dana untuk Pelastin, semasa itu bersamaan dengan datangnya beberapa tokoh Hamas di Damaskus. Padahal di Suriah sangat merbahaya jika membicarakan soal perjuangan menentang Israel kerana regim Basyar adalah sekutu kuat Israel. Banyak teman-teman kami ditangkap Regim kerana mengobarkan semangat perjuangan menentang Zionis Israel.
Mengungkap kembali peristiwa semasa bersama regim Basyar Assad, Saat revolusi Suriah mulai tercetus, Syamer mengadakan kerjasama sulit dengan pejuang Suriah. Beliau diarahkan ke wilayah Raqqah, kota sebelah timur Suriah untuk membawa sejumlah senjata kepada tentera Regim. 

Kesempatan ini digunakan Syamer untuk menjalankan misinya. Dia menghubungi kelompok pejuang yang ada di Raqqah. Dia membocorkan rahsia ini kepada pejuang dan merancang satu ‘sandiwara’ dengan kelompok pejuang tersebut. Tiba masa yang ditetapkan, kenderaan yang membawa senjata dihalang dan senjata telah dirampas oleh kelompok pejuang. Syamer dibebaskan. ‘lalu, saya melapor kepada kesatuan bahawa saya telah dihadang dan senjata yang dibawa telah dirampas’...ujarnya mengenang kembali peristiwa tahun 2011 itu.

Jelas sudah, ditengah-tengah peperangan yang meletus, beliau begitu berani mengambil risiko dan membahayakan nyawanya sendiri. Namun dengan semangat juang yang sudah diasah sejak muda, rasa takut berganti dengan keberanian yang luar biasa. Kini beliau terus berjuang untuk membebaskan rakyat Suriah dari cengkaman pemimpin boneka ‘Zionis’ Basyar Assad.-Dari pelbagai sumber

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/