“Kali pertama melihat wajah bayi
tidak berdosa itu yang diletakkan dalam beg, perasaan geram dan marah terus
bermain dalam fikiran saya kerana masih ada manusia tergamak bertindak kejam.
“Apa dosa bayi itu diperlakukan demikian
dan jika tangisannya tidak didengari, tidak mustahil bayi itu dihurung semut,
malah lebih teruk mungkin digigit haiwan liar,” kata Jamsari Ali, 45.
Jamsari adalah individu menemui bayi
lelaki cukup sifat yang diletakkan dalam beg pakaian sebelum ditutup plastik
sampah dan ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2 di
sini, Selasa lalu. Bayi berkenaan ditemui jam 10.30 pagi selepas penduduk
setempat mendengar suara dari arah tempat pembuangan sampah itu yang mulanya
disangkakan tangisan anak jiran tetangga.
Menurutnya, selepas beberapa minit
tangisan bayi itu tidak berhenti, dia mulai curiga sebelum mencari suara itu
sebelum akhirnya menemui bayi dalam beg pakaian yang dimasukkan dalam plastik
sampah bersama botol susu.
MyMetro/Artikel ini disiarkan pada :
2014/04/04
0 comments:
Post a Comment