Sponsor

Friday, April 4, 2014

Isu Memali – Tun Mahathir Diam Seribu Bahasa Atau Diam ‘Tak Reti Bahasa’......

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, Tun Dr Mahathir Mohammad masih enggan menjawab sama ada beliau berada di Kuala Lumpur ketika peristiwa berdarah Memali pada 1985. Katanya, bekas perdana menteri itu masih mencari alasan untuk mengelak daripada disalahkan dengan peristiwa berkenaan yang mengorbankan 18 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain.
“Saya percaya keengganan dia (Mahathir) bagi respon sebab dia nak mencari 1001 alasan untuk menutup kebohongan yang dibuatnya sebelum ini.

“Orang yang berbohong akan tetap menutup segala aibnya selagi termampu walaupun tahu rahsianya dah terbongkar,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, pada 26 Mac lalu mendedahkan bahawa Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika peristiwa itu berlaku bahkan selepas kejadian itu masih berada di ibu negara.

Musa Hitam mendedahkan perkara itu dalam sebuah forum anjuran kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu pada 26 Mac lalu. Bagaimanapun, Mahathir dalam reaksinya berkata beliau akan menyemak rekod terlebih dahulu bagi mengesahkan kebenaran dakwaan Musa.
Menurut Mahfuz, kertas putih Memali yang dibentangkan di Parlimen menggambarkan satu konspirasi tersembunyi yang dibuat kerajaan bagi menutup kesalahan Mahathir dalam peristiwa Memali ini.
“Parlimen dipergunakan dalam membentangkan satu kertas putih Memali pada tahun 1986,” tegasnya.
Beliau sebelum ini menggesa kertas putih berkenaan ditarik balik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana hanya kerajaan yang berkuasa untuk berbuat demikian.
Peristiwa Memali hampir 30 tahun lalu mencatat sejarah hitam dalam kepimpinan bekas perdana menteri ke 4 itu apabila polis diarahkan menahan Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mengamalkan ajaran sesat.
Kejadian yang berlaku pada 19 November 1985 itu menyebabkan 14 penduduk kampung dan 4 anggota polis terkorban.

KD/4 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/