Keluarga penolong pengarah Jabatan
Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di Pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga tahun lalu memfailkan
tuntutan saman RM8 juta ke atas kerajaan, SPRM, ketua pesuruhjaya dan enam
pegawainya hari ini.
Dengan mendakwa Ahmad Sarbaini
dibunuh tanpa mengikut undang-undang oleh SPRM, isterinya, Masiah @ Maziah
Manap berkata, dia mahu tahu apa sebenarnya berlaku ke atas suaminya.
Peguam N Surendran yang memfailkan
saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak Masiah dan anaknya,
Shahril Ahmad Sarbaini berkata, secara alternatifnya defendan perlu
bertanggungjawab kerana menyebabkan Ahmad Sarbani jatuh dari tingkap bangunan
SPRM ke atas gelanggang badminton di premis pejabatnya di Jalan Cochrane pada 6
April 2011. Keluarga juga mendakwa defendan
membuat serangan mental ke atas Ahmad Sarbani yang menyebabkan kematiannya. "Saya yakin dia tidak bersalah.
Saya perlu tahu kebenarannya," kata Masiah yang turut hadir ke
Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Surendran berkata, adalah sesuatu
yang tidak boleh diterima, selepas tiga tahun tidak ada seorangpun yang
dipertanggungjawabkan di atas kematian pegawai kastam ini.
"Dia berapa setiap masa di bawah
jagaan SPRM. Dia dibawa untuk disoal siasat tetapi keluar sebagai orang
yang mati," katanya.
Serendran menambah sehingga ke hari
ini, tiada sebarang bukti Ahmad Sarbaini terlibat dengan sebarang salah laku
rasuah. Ekoran kejadian itu, satu inkues
dijalankan pada bulan Disember 2011, di mana koroner menolak ia satu
pembunuhan, salah laku atau bunuh diri di atas kematian Ahmad Sarbaini yang
berumur 56 tahun ketika itu.
Koroner Aizatul Akmal Maharani
mendapati pengakuan Ahmad Sarbaini kepada SPRM pada 4 April bahawa beliau
menerima rasuah daripada dua ejen penghantaran menjejaskan pemikirannya. Menurut Aizatul, tekanan menyebabkan
Ahmad Sarbaini mahu menarik balik pengakuan bersalah, adalah punca mengapa dia
kembali ke pejabat SPRM pada 6 April. Oleh itu, koroner berkata kematian
beliau adalah kemalangan, sambil menambah teori dia dibunuh tidak mempunyai
sokongan. Koroner kemudiannya menyeluarkan hukuman "bernasib malang". Keluarga beliau bagaimanapun menolak
penghakiman itu.
Surendran memberitahu pemberita hari ini, adalah tidak masuk akal untuk
mempercayai Ahmad Sarbaini, yang mempunyai kerja yang dihormati dan keluarga
yang perlu dijaga, akan memanjat tingkap dan terjun. "Dan apabila kemalangan ini
berlaku, pihak berkuasa cepat-cepat membuat kenyataan dia cuba membunuh diri. "Dan rakaman CCTV di pejabat
SPRM dipadamkan, jadi semua ini menimbulkan pelbagai persoalan dan jelas
kematiannya disebabkan oleh SPRM dan kakitangannya," kata Surendran.
Ahmad Sarbaini ditemui mati di atas
gelanggang badminton yang terletak di tingkat satu pejabat SPRM pada 6 April
2011. Dia antara 62 orang kakitangan kastam
yang ditahan SPRM bagi penyiasatan kes rasuah, yang melibatkan kerugian
sehingga RM2.2 bilion cukai yang tidak diisytiharkan.
MI/4 April, 2014.
0 comments:
Post a Comment