HONOLULU, 4 April – Menteri-menteri pertahanan ASEAN berkata
Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengendalikan situasi kehilangan
pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan usaha seterusnya untuk mencari
pesawat yang hilang.
“Kami percaya bahawa Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengendalikan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini melihat semata-mata kepada skala operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terbesar dan paling kompleks pernah kami lihat,” kata mereka. Menteri-menteri berkenaan menegaskan bahawa perpaduan negara ASEAN kekal kukuh dan 10 negara anggota kumpulan negara Asia Tenggara benar-benar komited untuk membantu Malaysia dalam menyelaraskan operasi besar-besaran SAR bagi mengesan MH370.
“Kami penuh berazam untuk mencari penyelesaian kepada bab tragis dalam sejarah penerbangan,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama mengenai MH370 yang dikeluarkan di sini, tempat mereka berkumpul untuk Forum Pertahanan Amerika Syarikat-ASEAN yang diusahakan oleh Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel. Malaysia diwakili Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menteri-menteri pertahanan ASEAN mengakui bahawa penyertaan negara anggota dalam operasi mencari sama ada secara langsung atau tidak langsung sejak pesawat Boeing 777-200ER yang membawa bersama 239 orang anak kapal hilang pada 8 Mac. “Dari Laut China Selatan, Laut Andaman dan kini ke Lautan Hindi, ASEAN terus membantu dalam setiap cara yang mungkin atas semangat kerjasama serantau dan persahabatan, tanpa ragu-ragu dalam perkongsian maklumat, aset dan kepakaran,” kata mereka.

ASEAN
terdiri daripada Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia,
Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Menteri-menteri
itu mengambil peluang untuk mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk kerjasama
yang lebih besar antara negara-negara anggota terutamanya dalam bidang
pengurusan bencana di bawah rangka kerja Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan
Bencana dan Tindak Balas Kecemasan. “Kejadian
ini menekanan kepada kita, betapa pentingnya untuk berkongsi maklumat dan
sumber sambil kita berusaha untuk berada dalam keadaan bersiap siaga dalam
menghadapi potensi malapetaka dan risiko,” kata mereka.
Melahirkan
rasa simpati mereka kepada anggota keluarga penumpang dan anak-anak kapal
penerbangan MH370, mereka berkata: “Ingatan dan doa kami kekal bersama keluarga
dalam waktu-waktu yang sukar ini.” Pesawat
Malaysia menuju ke Beijing itu hilang pada 8 Mac di Laut China Selatan setelah
sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang
sama. Operasi membabitkan pelbagai negara bagi mencari MH370 itu bermula di
Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum dilakukan di koridor utara yang
menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan
koridor selatan meliputi dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi. –
Bernama
mediaPermata/5 April 2014
0 comments:
Post a Comment