Tindakan kasar anggota keluarga kepada penumpang pesawat MAS
penerbangan MH370 tidak akan membantu usaha mencari pesawat itu yang hilang.
Menurut South China Morning Post (SCMP) dalam satu artikel oleh Alex Lo semalam, sebilangan saudara mara China itu dan penyokong mereka dalam talian berkelakuan seperti "lembu berang", membuat tuduhan liar dan mengganggu pegawai-pegawai Malaysia.
Ini, katanya, bertentangan dengan cara keluarga bukan-China kepada penumpang yang hilang itu melahirkan kesedihan."Barangkali, mereka (keluarga China) menganggap bertindak atas kemarahan dan kekecewaan adalah sesuatu yang 'natural'. Itu boleh difahami. Tetapi sama ada ini membantu usaha mencari pesawat satu hal yang lain.
"Keluarga bukan-China kepada keluarga yang hilang (mungkin) bersedih sedalam keluarga China, tetapi anda tidak melihat mereka menunjukkan tahap kekasaran yang serupa," kata harian berbahasa Inggeris berpangkalan di Hong-Kong itu dalam artikel berjudul "Tindakan kasar keluarga China tidak membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang" .
Tindakan kasar saudara mara China itu terlalu ketara bila mereka berurusan dengan pegawai Malaysia. "Tetapi apa jua kesilapan mereka, saya percaya pegawai-pegawai dari Malaysia Airlines dan kerajaan bukan pembunuh atau konspirator, sebagaimana dakwaan sesetengah keluarga itu," katanya.
Harian itu menyatakan memang tidak diragukan bahawa MAS dan kerajaan pada peringkat awal "agak tergamam" dalam menangani krisis penerbangan yang boleh dikatakan terbesar dihadapi negara itu. "Tetapi untuk berlaku adil, prestasi dan koordinasi mereka bertambah baik pada minggu-minggu berikutnya dan pegawai-pegawai daripada peringkat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan di bawahnya telah menunjukkan kesabaran dan keinsanan," ujarnya. - Bernama
SH/5 April 2014

0 comments:
Post a Comment