Sahabat ku semua...
Bolehkah aku menulis serangkap Syair
buat kalian semua...?
Sebagai tanda aku mencintai anda semua
dan saudara kita di sana...
Sahabat, Kamu semua mengenali diriku,
tapi kali ini ia berbeza..
Bukan kerana diriku, Tapi mereka di
sana...
Singgahlah sebentar,Nanti kita semua
akan tahu...!..
Sahabat ku semua...
Apakah kau tahu telah terjadi
kemusnahan manusia di tanah para ambia..?..
Mesir kian bergelora...
Jutaan muslim bersimbah darah demi
mempertahankan pemimpin yang dipilih secara demokrasi seketika lalu digulingkan
secara Kudeta..!.
Aku fikir kau tak lupa bahawa negara
kita adalah salah satu negara muslim terbesar?...
Wahai para pemimpin dan sahabatku,
kenapa engkau masih membisu ?
Bukankah bangsa kita salah satu
penganut Demokrasi terbesar ?..
Bukankah bangsa kita bangsa yang
berpengaruh ?
Kenapa gentar sangat dengan gertakan
Kuasa Barat disana...Takut kah..?
Ish..!.. sungguh.!. aku hanya tak mahu
memiliki para pemimpin yang bermuka dua..
Sekejap berduka, sekejap suka..banyak
yang terlupa, ikrar pembela agama...
Di Mesir tu apa..?..
Sahabatku semua...
Baru sebentar tadi kita berbicara soal
kehidupan.
Dari kemewahan dunia sehingga perhiasan
akhirat.
Hidangan yang sedap-sedap, Pakaian yang
bercorak warna,
Tapi,..belum pun senja, Kita sudah pun
terlupa.
Aku ingatkan kembali..!..
Betapa muslim di Syria sudah lama menderita.
Perang semakin marak.
Darah merah ibu-ibu,wanita dan
kanak-kanak mengalir.
Seolah-olah sudah tidak berharga, diri
menjadi korban pemerkosaan para durjana.
Yang berbaki hanya menunggu masa untuk
mati.
Manakan tidak nya,..akibat kelaparan,
daging kucing sudah menjadi ‘halal’.
Sahabatku semua...
Disini, aku bersamamu mendengar takbir
bergema...
Seolah tiada apa yang berlaku diluar
sana. kata hati.. ‘ahh..mereka pun serupa kita’..
Sedarkah kita, duka Palestine belum
lagi berakhir ?
Berjuta nyawa puluhan tahun melayang
begitu sahaja..
Seorang anak melihat ayah dan ibunya
ditembak mati..
Jutaan anak penghafal al qur’an dibantai
sesuka mereka..
Kebiadapan Gerombolan Zionis semakin
menggila..
Aku sudah dapat melihat...Anak-anak
disana sudah tak beza, mana satu ‘batu’, mana satu ‘peluru’..
Sahabatku, jangan lupa ya...
Dari tanah suci Palestin itulah, Nabi
kita diangkat ke ‘Sidratul Muntaha’..
Di bumi Ambia itu jua, Kiblat pertama
kita...
Masjidil Al-Aqsa ini lah yang menjadi
Perjuangan mereka..
Sahabatku, kita mungkin tidak pernah
berjumpa..
Atau saling tidak pernah bertegur sapa..
Namun mereka semua adalah saudara
seagama kita...
Aku pun tahu semua ini bukan sekadar
masalah agama...
Mungkin sahabat akan berkata... terlalu
jauh aku berfikir...?..
....Bukankah di bumi sendiri masih
banyak masalah dan tangisan umat...?
....Bencana serta masaalah sosial yang
semakin membiak...?
....Kenapa harus difikirkan negara
orang, sedang kita ini, siapa...!..
Itu...
Aku tahu itu dan sedikit pun tidak aku
lupakan bangsa dan tanahair ku..
Justeru aku begitu mencintai bumi
ini...
Wahai sahabatku....
Aku bukan bicara soal harta
berjuta-juta...
Aku pun tahu, Jika kita tak sanggup
untuk berjuang disana..
Cuma aku hanya ingin sahabat ambil peduli...
Bingkisan doa yang kau panjatkan untuk
mereka, aku yakin ALLAH maha mendengar..
Sedikit harta yang mampu kau berikan,
aku yakin akan meringankan beban mereka..
Solidaritilah sedikit masa untuk
mereka, sudah tentu tercatat kebaikan pada diri mu...
Jika Media Pencacai dan Dunia putarbelitkan
Fakta..
Jangan pernah kita lelah dakam
perjuangkan kebenaran...
Jika para ‘Pemimpin’ masih diam
membisu, biarlah kita yang ‘laung’kan dengan lantang..
Bukankah Agama kita mengajar untuk saling
kasih mengasihi dan saling menyayangi...
Atau sudah ‘berketul’ batu-batu hitam
di hati mu....?..
TIANG SERI/5 April 2014
0 comments:
Post a Comment