Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri
kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain
hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.
“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.
“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya,
keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan
berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.
“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.
Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini.

SH/4 April 2014
0 comments:
Post a Comment