Hari ini bersamaan 1 April 2014, maka
KEADILAN berusia genap 15 tahun selepas pelancarannya pada 4 April 1999. Mengulas perkara itu, Setiausaha
Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, KEADILAN kini memiliki
lebih 500,000 ribu anggota, dan mendapat sokongan yang kuat terutama golongan
muda.
Saifuddin berkata, ia merupakan
pencapaian luar biasa dalam tempoh singkat sekaligus menjadikan KEADILAN antara
parti pembangkang yang terkuat di Malaysia.
“KEADILAN kekal memikat hati orang
ramai khususnya anak muda kerana mereka ini yang bakal merentasi dan mewarisi
kesinambungan parti ini untuk lebih bertahan dalam tempoh yang lama.
“Sehingga kini kita dah mencecah 500
ribu keahlian, ini menjadikan KEADILAN antara parti pembangkang yang terkuat di
Malaysia, walaupun umurnya muda tapi mampu bertahan lama sehingga hari ini.
“Selain itu, langkah yang kita ambil
untuk bergabung dengan parti komponen lain seperti DAP dan PAS juga menjadikan
kita sebuah parti gabungan yang lebih utuh, hebat dan kuat,” katanya ketika
dihubungi.
Tanggal 4 April 1999 merupakan tarikh
keramat bagi KEADILAN apabila ia mula diasaskan dan sekaligus mencipta lembaran
baru bagi politik tanah air. Penubuhan parti politik pelbagai kaum
itu lahir dari gelombang reformasi yang tercetus selepas pemecatan Datuk Seri
Anwar Ibrahim dari kabinet dan pemenjaraan terhadapnya atas pelbagai
fitnah moral. Bermula sejak itu,
KEADILAN terus mengorak langkah menjadi sebuah parti politik pembangkang yang
kuat dan berjaya menggugat kedudukan Umno Barisan Nasional dalam politik negara.
0 comments:
Post a Comment