Sponsor

Wednesday, April 2, 2014

Gempa Bumi 8.0 Skala Ritcher Landa Chile...

Satu gemba bumi berukuran 8.0 pada skala Richter berlaku di Near Coast of Northern Chile pada pukul 7.46 pagi ini. Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini menyebut gempa itu berpusat 84 km Barat Laut dari Iquique, Chile dan 17,906 km Barat Daya dari Pontian,Johor. Bagaimanapun gempa itu tidak menyebabkan ancaman tsunami di Malaysia, menurut kenyataan itu lagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangannya dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan. Amaran tsunami turut dikeluarkan untuk bahagian selatan dan tengah pesisir Pasifik negara Amerika Tengah itu.
Geologi Survei Amerika Syarikat berkata,  pusat gempa bumi itu agak cetek, iaitu 6.2 batu dari dasar laut dan berlaku jam 6.46 petang waktu tempatan (2346 GMT), kira-kira 62 batu barat laut pelabuhan perlombongan Iquique, dekat sempadan Peru. Tentera Laut Chile berkata gelombang pertama tsunami melanda kawasan pesisiran pantai sekitar 45 minit selepas gempa bumi berlaku.
“Gempa bumi skala begini mempunyai potensi menyebabkan gelombang tsunami yang boleh menyebabkan kemusnahan apabila melanda kawasan pesisir pantai berdekatan pusat gempa dalam masa beberapa minit dan jauh ke dalam dalam masa beberapa jam,” kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
Iquique merupakan pelabuhan utama eksport tembaga, terletak berdekatan kawasan perlombongan negara itu. Syarikat Codelco dan BHP Biliton berkata, mereka belum menerima laporan kemusnahan yang berlaku di kawasan perlombongan mereka. Amaran berkata selain Chile; kawasan pesisiran Peru, Ecuador, Colombia, Penama, Costa Rica dan Nicaragua turut berisiko. Gelombang tsunami setinggi 6.3 kaki boleh melanda Psagua, Chile dalam masa 44 minit selepas gempa bumi berlaku.
SK/2 Apr 2014

1 comments:

  1. Klub Bola Chili Ini Tempelkan Peta Anti-Israel di Kaosnya
    Selasa, 21 Januari 2014
    Chili akan Dukung Keanggotaan Palestina di PBB 2011
    Tahun 2010, gempa 8,8 skala richter memicu tsunami yang menewaskan 500 orang dan merusak 220.000 rumah di Chile bagian tengah.
    Paska Gempa, Dua Gelombang Tsunami Hantam Chile
    Peringatan tsunami dikeluarkan untuk enam negara.
    ddd
    Rabu, 2 April 2014, 09:48

    ReplyDelete

http://penburukonline.blogspot.my/