Sponsor

Tuesday, April 1, 2014

Beli Kapal Selam Tak Boleh Selam...?.. Beli ‘Kapal Timbul’ Pulak.....

“Kreativiti” kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said mendapat cemuhan daripada rakyat negeri itu sekali lagi apabila membuat keputusan untuk membeli dua buah Amphicoach atau bas amfibia yang berharga RM6 juta dari Malta.
Baru-baru ini, Ahmad Said mengumumkan pembelian bas amfibia itu dan akan meletak kenderaan itu di Tasik Kenyir. Bagaimanakah bentuk kegunaannya sehingga kini masih belum jelas.
"Adakah sebagai objek tarikan untuk pelancong membayar tiket dan dibawa pusing beberapa minit atau macam mana?" soal Amzad Hashim, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti), sebuah NGO yang memperjuangkan isu kepenggunaan di negeri itu. Mengikut carian yang dibuat di laman web, San Diego adalah antara pusat pelancongan yang menggunakan bas amfibia untuk menarik pelancong ke bandar tepi pantai Amerika Syarikat itu.
Namun apakah Tasik Kenyir yang terletak di Hulu Terengganu yang merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar itu sesuai untuk bas amfibia menjadi persoalan.
Petikan MI/1 April 2014
Kita mohon penjelasan berkenaan kos RM6 juta tersebut kerana carian di Internet menunjukkan kosnya adalah Euro 280,000 sebuah.  Dua buah bermakna Euro 560,000 atau sekitar RM3.4 juta. Kenapa  Kerajaan Terengganu nak beli dengan harga RM6 juta, hampir 2 kali ganda dari kos sebenar? Tak usah bawa hujah lama, bas yang Terengganu nak beli ini lain spesikasinya dari yang lain. Ianya dilengkapi dengan ciri-ciri yang lebih sofistikated! Tak ada siapa lagi yang nak percaya dengan hujah ini. Cukuplah kapal selam dan jet pejuang menjadi pengajaran.
Petikan HD/1 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/