Sponsor

Sunday, November 2, 2014

Bukan Sahaja Najib, Rakyat Pun Letih Dan Malu Dapat PM Macam Najib...?

SHAH ALAM, 2 NOV : Kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau “letih” dan “malu” setiap kali Barisan Nasional (BN) digelar sebagai pembangkang di Selangor mengundang pelbagai reaksi rakyat terutama di laman sosial.
Tinjauan Selangor Kini di Facebook mendapati rata-rata pengguna membalas kenyataan Perdana Menteri itu dengan sindiran mereka juga letih dan malu dengan kepimpinan Najib.
najib-popular
Seorang pengguna yang dikenali sebagai Al Khair, berkata sekiranya pemimpin tertinggi negara itu letih terhadap senario politik yang berlaku di tanah air, maka seeloknya beliau melepaskan jawatan yang disandang sekarang.
Beliau berkata BN juga sudah hilang taring untuk meraih sokongan pengundi terutama di negeri yang ditadbir pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu.
“Jika letih letak jawatan. Umno Selangor pun sudah tiada taring,”sindirnya di Facebook.
Bersetuju dengan pendapat pengguna laman sosial yang lain, Mohd Radzi berkata jika Najib tidak mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, maka jalan terakhir bagi beliau adalah meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin lain. Katanya masa untuk ‘bersandiwara’ juga sudah tamat kerana rakyat kini lebih bijak memilih siapa pemimpin yang mereka mahukan untuk mentadbir negara.
“Kalau sudah tahu tak dapat berkhidmat dengan baik untuk rakyat, sila letak jawatan. “Jawatan yang diperolehi itu adalah daripada undi pilihan rakyat, kalau nampak tak ‘perform’ letak jawatan ganti orang lain. “Tiada masa sekarang nak bersandiwara,” katanya.
Bagi Nudin Dino, beliau berpendapat Najib seharusnya lebih malu dengan rakyat, lebih-lebih lagi corak pemerintahan BN yang jauh lebih lemah berbanding pakatan   pembangkang. “Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, (beliau) harus malu dengan rakyat sekiranya BN masih memerintah sperti sekarang. “Lambat laun 1Malaysia BN akan jadi pembangkang,” katanya.
Kenyataan itu turut disokong Freddy Unnau bahawa BN akan digelar pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sekiranya dasar pentadbiran mereka tidak diubah.
Terdapat beberapa komen lain di laman sosial berhubung kenyataan terbaru Najib itu antaranya:
komen
Mohd Shafandy : “Kami lagi malu ada Perdana Menteri macam ini.”
Syarif Hidayatullah : “Mimpi la nak ambil Selangor…kami tidak mahu tengok BN di Selangor.”
Tenggiri Tanjung : “Kami rakyat Malaysia pun malu dan letih sebab BN masih dipilih jadi pemerintah.”
Najib dalam ucapannya pada Konvensyen Umno Selangor semalam berkata beliau merasa letih dan malu memalukan apabila BN dipanggil pembangkang. Beliau turut menggesak anggota parti berkenaan supaya berani membuat perubahan bagi merampas semula negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU akan datang.
SK/2 November 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/