Sponsor

Friday, January 3, 2014

Tahun 2013 sudah berlalu, 2014, kemana pula arah di tuju...?..


Situasi Dunia Islam belum berubah,dibeberapa tempat keadaan nya semakin memburuk,Umat Islam seringkali menjadi mangsa keganasan,samaada penganiayaan ini dilakukan secara terang dan bersembunyi, diakui dari perkembangan terkini,situasi umat Islam amat parah.Di Suriah hampir mencecah 200 ribu umat islam dibantai oleh regim Basyar,ibarat pembunuhan dilakukan secara bersiri namun dunia masih bersandiwara menyalahkan satu sama lain.Di Mesir juga,Regim bayangan Yahudi pimpinan Fatah Al Sisi telah mencetuskan suasana kacaubilau selepas menggulingkan 'amanah rakyat' melalui rampasan kuasa, begitu juga di Pelastine, umat Islam disekat dan diancam melalui sekatan dari puak yahudi Israel, tanah2 mereka dirampas untuk dijadikan penempatan haram yahudi, terowong yang menjadi laluan mencari sesuap makanan dirobohkan,segala keperluan hidup rakyat disekat tanpa ada perasaan kemanusiaan. Sama juga di Afghanistan, camputangan dan penjajahan AS serta ditindas pemerintah darah daging sendiri menjadikan umat Islam disana sentiasa dikancah penderitaan berpanjangan.

Dicelahan bumi ciptaan Allah ini masih banyak lagi tempat yang mencatatkan kedukaan umat islam ini terutama yang menjadi minoriti, terbaru di Xinjiang,China, Umat Islam juga dibunuh atas kesalahan yang tak seberapa, di Arakian,Burma, Minoriti muslim Rohingya dihalau dari tanahair mereka sendiri oleh penduduk Budha, begitu juga di Thailand, Filifina, Afrika Tengah, Sudan dan sebagainya...

Kenapa dan mengapa....?
Krisis kemanusian ini termasuk politik,ketenteraan, ekonomi,budaya, sosial serta perundangan yang banyak berlaku dikalangan negara2 Islam sememangnya berpunca dari penerapan nilai2 kapitalis, secara sedar atau tidak sedar, itu lah punca terjadinya krisis yang berpanjangan di negara2 umat Islam, sebagaimana dipelajari, Idealism kapitalis yang sudah berakar umbi inilah yang menjadi dasar pemerintahan sesebuah negara. Dasar pemisahan antara agama dan kehidupan inilah maka lahirnya satu bentuk perundangan yang berasaskan otak manusia, walaupun terkadang pada diri manusia itu nampak pada pengakuan bahawa 'Allah Maha Berkuasa', tetapi pada sudut yang lain mengambil 'akal manusia' sebagai sumber perundangan...

Sudah terbukti dasar2 Kapitalis ini gagal untuk mensejahterakan dunia,Kapitalis sudah terbukti menciptakan ketidakadilan ekonomi rakyat, meskipun terbukti gagal, tapi ianya masih bertahan sehingga kini, mengapa..?..Penyebabnya kerana ada pendukung nya, kerana ada penyembahnya,kerana ada penjilatnya..US dan barat yang menjadi kepala dan penaja utama sistem Kapitalis ini agar ianya diterapkan melalui 'ketuanan bangsa' disesebuah negara dengan alasan memakmurkan politik,ekonomi, kebebasan, sejahtera dan modern ternyata hanya hipokrit. Mereka mencipta pelbagai alasan dengan bertujuan mengaut kekayaan. pada setengah tempat,US juga lah yang mencipta krisis agar mereka segera masuk dan camputangan dalam hal pentadbiran..

Kemana kita selepas ini, apakah kita masih setia dengan dasar2 yang tidak mempunyai apa2 faedah untuk rakyat malah rakyat sentiasa menghadapi konflik yang berpanjangan dari sistem yang korup, Apakah semua yang kita lalui ini belum cukup untuk menginsafkan kita semua supaya kembali kepada jalan yang Allah redhai....Wallahuaklam..

Artikel ringkas ini ditulis berdasarkan penelitian terhadap apa yang berlaku secara umum saja dan sekadar pandangan peribadi penulis sendiri, sila rujuk lain2 sumber untuk ketepatan maklumat...



0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/