Sponsor

Saturday, January 25, 2014

Pakatan Rakyat - 'Takziah'...Kehilangan Besar Kepada PAS dan Jamaah Islam..

 
Al fatihah
Kepada Tuan Guru Dato' Haji Harun Taib 
yang telah kembali ke Rahmatullah.
Semoga Roh Beliau ditempatkan bersama para Solehin.
Salam Takziah juga diucapkan kepada seluruh Keluarga dan sahabat handai 
diatas pemergian Dato' Haji Harun Taib.

UCAPAN TAKZIAH PRESIDEN PAS - TUAN GURU HAJI ABD HADI AWANG
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi pihak seluruh kepimpinan Parti bersama-sama dengan Ahli serta pendukung nya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Isteria almarhum, Ahli Keluarga, sahabat handai dan Dewan ulamak PAS diatas pemergian Ustaz Harun Taib ke Rahmatullah pada jam 12.10 awal pagi ini.
"Sesungguhnya Al Marhum telah pergi dahulu bertemu Tuhan RabbulJalil di saat PAS dan Ummah masih memerlukan bimbingan dan ilmu beliau, Almarhum sudah tidak bersama kita, tetapi peninggalan ilmu Almarhum amat berbekas dihati para Ahli PAS serta pendukung nya yang tidak jemu mendidik dan berjuang walaupun beliau keuzuran diakhir hayat beliau. semoga Almarhum mendapat keampunan dan rahmat berkekalan dari Allah SWT".. Amin.

UCAPAN TAKZIAH MURSYIDUL AM PAS - TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ
 Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kembalinya Ketua Ulama' PAS Pusat, Ustaz Harun Taib sebagai satu kehilangan besar kepada PAS. "Semoga Allah SWT  merahmati para Ulama' yang telah pergi dan menggantikan mereka dengan barisan Ulama' yang tidak kurang hebatnya untuk memikul amanah dan tanggongjawab memimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS), Insyallah...
Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Almarhum sempat bersama-samanya didalam Saf kepimpinan Dewan Ulama' semasa Beliau memikul tanggungjawab sebagai Ketua dewan Ulama' PAS Pusat dahulu.."Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau"...amin..

UCAPAN TAKZIAH PARTI KEADILAN RAKYAT- DATO'SAIFUDIN NASUTION
Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakamkan ucapan takziah buat keluarga Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, Dato' Ustaz Harun Taib yang telah meninggal dunia awal hari ini. Setiausaha Agong nya dalam satu kenyataan media mengharapkan keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. "Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat keatas roh Allayarham dan menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman...Al fatihah..

Ustaz Harun Taib telah kembali kerahmatullah jam 12.10 bersamaan 25 Januari 2014 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Jenazah Allahyarham disembahyangkan jam 10.00 pagi di Markas Tarbiyyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu dan diimamkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Pengkebumian jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Alor Lerang, Terengganu.

'Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali', Amin.



                                                    

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/