Sponsor

Saturday, January 4, 2014

Pesanan Khalifah Umar Al Khatab kepada Tentera Islam....

Saidina Umar Al Khatab semasa menjadi Khalifah pernah mengutus surat kepada Saad bin Abi Waqas dan tentera Islam yang ketika itu sedang menghadapi peperangan di Parsi,daerah Qadisiyah. Pesanan yang disampaikan ini bukan tentang strategi atau taktik dalam peperangan, tetapi pesanan Saidina Umar untuk tentera2 Islam menjauhi kemaksiatan. Saidina Umar ra menyatakan bahawa menjauhi kemaksiatan adalah kunci utama turunnya kemenangan dari Allah SWT, berikut adalah pesanan beliau...
"Amma ba'du, Aku memerintahkan mu dan seluruh anggota pasukan untuk bertaqwa kepada Allah dalam setiap keadaan kerana taqwa kepada Allah swt adalah senjata yang paling kuat dan strategi yang paling jitu untuk mengalahkan musuhmu. Aku memerintahkan mu dan seluruh anggota pasukan mu untuk berhati-hati terhadap perbuatan maksiat lebih dari hati-hati kalian terhadap musuhmu kerana maksiat yang kalian perlakukan lebih aku khuatirkan daripada kekuatan pasukan musuh".. 

Allah swt memberikan kemenangan kepada pasukan islam disebabkan musuh2 nya yang melakukan maksiat.Jika bukan kerana itu, tidak mungkin pasukan islam diberikan kemenangan jika dibandingkan dengan jumlah kekuatan musuh dan jumlah senjata yang digunakan. sehingga seandainya pun terdapat pihak musuh dan pasukan Islam sama2 melakukan maksiat maka kemenangan akan menjadi milik musuh disebabkan jumlah serta kekuatan senjata yang dimiliki musuh. Jika pasukan Islam tidak melakukan maksiat maka kemenangan akan menjadi milik Islam atas pertolongan Allah kepada kaum Muslimin.

Kemudian ketahuilah, selama perjalanan kalian,Allah swt telah mengirimkan para Malaikat yang akan mengawasi kalian,mereka mengetahui apa yang kalian lakukan,maka teruskanlah merasa malu kepada mereka,janganlah kalian bermaksiat kepada Allah swt kerana kalian sedang berada pada jalanNYA...

Jangan kalian berkata kalian pasti akan menang kerana musuh-musuh pasti lebih buruk dari kalian sehingga mereka tidak akan mungkin menguasai kalian, kerana sangat mungkin satu kaum akan dikuasai oleh satu kaum yang lebih buruk. Seperti kaum bani Israel yang dikuasai Kaum majusi akibat perbuatan kaum bani Israel telah melakukan hal-hal yang membuatkan Allah swt murka.
Mohonlah kepada Allah swt agar menolong kalian melawan jiwa kalian sama seperti kalian memohon pertolongan Allah dalam melawan musuh-musuh kalian. Aku juga memohon hal-hal itu untuk ku dan juga untuk kalian"....

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/