Sponsor

Monday, January 6, 2014

Gara-gara tersalah tayang gambar, Pengarah TV di pecat.....

Rancangan 'Egypt Today' yang disiarkan Nile TV International Mesir pada Ahad 5 Jan 2014 salah menayangkan filem dokumenterinya menyebabkan ketua bilik berita, Shafa Hijazi menghentikan sementara program acara ini.

Kesilapan yang tidak disengajakan itu telah memaparkan prestasi Presiden Morsi yang menjawat jawatan Presiden Mesir selama setahun itu. 

Filem Dokumenteri ini kebiasaannya akan disiarkan kerana ada waktu kosong sebelum siaran berita berbahasa Perancis. Setelah lapan minit barulah kereka menyedari kesilapan itu dan terus menghentikan penayangan nya.

Menurut ketua bilik berita, Shafa hijazi mengatakan 'kesilapan teknik itu merupakan satu dosa besar', sementara itu semua kru yang terlibat dengan penayangan itu telah dipindahkan ke bahagian lain yang tiada kaitan dengan berita. 

Dalam pemberitaan yang lain, Menteri Penerangan Kudeta, Duriyah Syarafudin (gambar), telah memecat pengarah penerbitan Nile TV International, Mirvat Qafash dan digantikan dengan Samih Raja'i...

Berita asal : Islammemo



SUNDAY TIME : GUNAKAN SIMBOL 4 DI MESIR, PASTI AKAN MASUK PENJARA....


Akhbar Sunday Time mencemuh sikap Pemerintah Kudeta Mesir yang menyatakan semua yang bersimbol 4 jari adalah Pengganas dan akan dimasukkan ke Penjara.

Di petik dari artikel tersebut, Sunday Time menyebut.. "di tengah perang dan kempen melawan Teroris yang dilakukan Pemerintah Mesir, setiap orang yang menggunakan simbol 4 di Mesir akan ditangkap pihak Keamanan Mesir. 

Pengumuman ini dibuat oleh Pihak Pemerintah Kudeta Mesir setelah tertangkapnya operator telefon selular yang terbesar di Mesir, 'Vodafone'...

Penyelidikan keatas pengaduan iklan Vodafone yang disiarkan pada awal tahun baru, dalam iklan tersebut, Vodafone menampilkan boneka dan sebuah tanaman kaktus yang berbentuk simbol 4 jari yang dianggap sebagai kod pergerakan Ikhwal Muslimin yang dilarang. 

Simbol 4 jari yang berlatar belakangkan warna kuning dan hitam adalam lambang gerakan seluruh rakyat Mesir bagi menentang Regim Kudeta, lambang ini juga sudah melebar luas keseluruh dunia bagi menyatakan sokongan terhadap Presiden Mesir, Dr Morsi, Presiden sah Mesir yang digulingkan oleh Regim Kudeta tentera Mesir. Pertama kali lambang ini di popularkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogen bagi memperingati hari 'pembantaian' maut di medan Rabiah pada 14 ogos 2013 yang lalu...

sunday time



0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/