Sponsor

Monday, April 7, 2014

RM 25 Juta Untuk 2 Ekor Panda,..Berbaloi kah...?..

Tindakan kerajaan membawa dua ekor panda dari negara China dengan kos RM25 juta adalah tidak masuk akal dan merupakan pembaziran berulang, kata Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Shari.
Yahya berkata, pembaziran tersebut jelas bertentangan dengan seruan kerajaan yang menggesa rakyat supaya berjimat cermat ketika kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
“Memang tidak masuk akal, belanja untuk dua ekor panda sampai RM25 Juta.
“Kerajaan kononnya nasihati rakyat supaya bejimat cermat, tetapi dalam masa sama membawa panda dengan harga RM 25 juta. Itu menunjukkan satu contoh bahawa kerajaan ini tidak berjimat langsung, ” katanya.
Kata Yahya, tindakan itu jelas merupakan keputusan kurang bijak apabila melibatkan kos terlalu tinggi, sedangkan pulangannya belum tentu berhasil. “Saya tidak nampak perbelanjaan RM25 juta ini akan memberikan pulangan kerana hanya melibatkan 2 ekor panda dan tidak semua orang akan menyumbang dan berbelanja untuk ini.
“Ini satu contoh pembaziran yang diulang-ulang dan tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

KD/7 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/