Hari ini selasa bersamaan 1 April 2014.
Seeloknya kita mengimbas kembali sejarah penderitaan Umat Islam di Sepanyol.
Satu kisah menghayat hati dimana Orang-orang Islam dibantai sepenuhnya melalui
tipu daya tentera Salib yang sentiasa memusuhi Umat Islam ketika itu. Kejadian
ini berlaku pada 1 April 1487 Masihi @ tahun 892 hijrah di Granada, Sepanyol
dimana Granada merupakan Daerah terakhir yang ditakluk Tentera salib.
Semenjak abad ke 8 Masihi, Sepanyol
merupakan tanah jajahan Islam yang dipimpin oleh Panglima Thariq bin Ziyad.
Semenjak itu, Sepanyol menjadi sebuah negara aman dan makmur disamping
ekonominya semakin berkembang maju. Toleransi pemimpinnya terhadap rakyat serta
sikap rendah diri yang dimiliki, menyebabkan orang-orang sepanyol memilih Islam
sebagai agama anutan. Situasi ini berlalu selama 6 abad lamanya.
Namun kemajuan yang dinikmati Sepanyol
tidak disenangi bukan Islam yang berada disekeliling Sepanyol. Mereka cuba
pelbagai perkara bagi menghancurkan Islam namun gagal. Akhirnya mereka menemui satu cara untuk
menghancurkan Islam.. ‘Serang dari dalam, lemahkan mereka melalui pemikiran dan
budaya ’...
Sedikit demi sedikit, pemikiran umat
Islam dipesongkan. Arak mula diseludup masuk. Muzik mula di diperdengarkan
kepada golongan muda. Ulamak-ulamak Palsu di‘cipta’kan untuk meniup api
perbalahan sesama mereka. Berbagai lagi ciptaan mereka agar umat Islam menjadi
lemah. Akhirnya al Quran sebagai sumber bacaan dan ikutan tidak lagi menjadi
pegangan. Lama kelamaan keupayaan ini kian berhasil. Umat Islam kian lemah.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan ditaklok
tentera Salib. Granada adalah daerah terakhir yang mencatatkan serangan tentera
Salib. Penduduk Islam ketika itu memilih rumah-rumah mereka sebagai tempat
perlindungan. Perlindungan itu bukan bererti selamat buat penduduk Islam.
Mereka terus diancam bunuh dengan pelabagai helah.
Tawaran menarik tentera salib agar
penduduk Islam segera keluar dari daerah Granada. Jaminan keamanan untuk
penduduk Islam dan diperbolehkan belayar keluar dengan membawa segala barang
keperluan. Walaupun permulaan nya mereka ragu-ragu dengan ‘tawaran penuh
kehormatan’ itu, namun dengan melihat kapal-kapal yang bersedia di pelabuhan,
mereka pun bersedia menerima tawaran tersebut.
Keesokannya, ribuan penduduk Muslim
keluar dari rumah menuju ke pelabuhan. Disamping itu, ada lagi kebimbangan dari
penduduk Islam yang masih kekal dirumah masing-masing kerana tidak percayakan
janji tentera Salib. Setelah penduduk Islam sampai dipelabuhan, Tentera Salib
terus sahaja menggeledah rumah-rumah yang ditinggalkan dan membakar keseluruhan
nya termasuk rumah-rumah penduduk Muslim yang masih ada di situ.
Dari jauh, mereka hanya mampu
menyaksikan julangan api yang membaham rumah-rumah mereka. Dipelabuhan pula,
Tentera-tentera Salib telah membakar kapal-kapal yang dijanjikan untuk penduduk
Islam keluar dari Granada. Tentera Salib terus mengepung mereka dengan pedang
yang sedia terhunus untuk membunuh setiap inci penduduk Muslim yang berada di
pelabuhan.
Dengan satu laungan dari Ketua mereka,
tentera Salib terus menyerang umat Islam. Jeritan dan tangisan bergema. Lelaki,
wanita serta anak-anak kecil, semuanya menjadi korban tentera Salib
dipelabuhan. ‘Gugurlah mereka sebagai Syuhada’......
Tragedi yang memilukan. Bertepatan
dengan tanggal 1 April 1487 Masihi. Tarikh yang dijadikan ‘keramat’ bagi dunia
barat untuk merayakan nya. ‘The April’s Fool Day’ @ April Mop, walaupun tidak
sehebat Valentime’s Day, namun sebagai umat Islam, kita harus tahu sesuatu yang
hendak dilakukan. Dengan sebab itu tidak wajar menjadikan ‘The April’s Fool Day’ @ April Mop sebagai
ikutan. Perhatilah disekeliling kita agar ‘serpihan’ April Mop ini tidak
menumpang dalam diri kita dalam keadaan sedar, sebabnya banyak manusia mengaku
Muslim tapi ‘berbelit’ dengan tingkahlaku bukan Muslim....wallahuklam..
TIANG SERI/1 April 2014
0 comments:
Post a Comment